Jika anda perhatikan, anda 5 kategori manusia kat luar sana. Anda - TopicsExpress



          

Jika anda perhatikan, anda 5 kategori manusia kat luar sana. Anda pilihlah anda suka jadi yang mana. 1- Mereka yang ada problem atau masalah tapi tidak TAHU bagaimana nak selesaikan. Mereka hidup dengan problem tu dengan rungutan/ komplen. Tidak ada ilmu atau tidak cari ilmu. Yang teruk sikit ialah yang rasa dah tahu semua benda tapi sebenarnya tak tahu pun dan terus ada masalah, komplen tapi tak selesaikan. Anda akan nampak hidup mereka biasanya "biasa-biasa" atau dibawah tahap "biasa-biasa". 2- Mereka yang ada problem, tapi sibuk selesaikan problem orang tapi tak selesai pun, ini namanya Kay-Poh. Semua hal orang yang dia sendiri pun tak tahu macamana nak selesai tapi suka ambil tahu dan tambah masalah. 3- Mereka yang ada problem dan suka create more problem dan biar orang lain "cuci" dan dia cuci kaki tangan lepas tu konon bukan masalah dia. Ini namanya tidak bertanggungjawab. Lagi teruk kalau dia tuding jari salahkan orang lain.... Padahal dia yang kentut. Bila orang lain kentut, heboh dia sedunia siap keluar youtube buat pengumuman kentut orang lain. 4- Yang ini teruk juga, dia ada banyak problem tapi dia rasa dia tak ada problem dan tak nak mengaku ada problem. Dan problem orang lain pun dia tak nak tahu langsung. Asyik kata No Problem. Mentor saya ajar, Orang yang banyak kata No Problem, sebenarnya ada banyak problem, cuma dia cuba menutupnya. 5- Yang bijak, ialah orang yang setiap hari sentiasa check apa problem yang ada dan being Resourceful menjadi Problem Solver. Ini sikap seorang Leader. Dia tidak lari dari masalah tapi selesaikan. Dia cari punca masalah dan selesaikan dipuncanya. Jika dia boleh delegate, dia akan delegate beri orang lain yang boleh selesaikan untuk selesaikannya. Dia akan cari jalan penyelesaian dan jika dia berniaga, dia gunakan diri dia, produk atau perkhidmatan dia sebagai penyelesai kepada masalah orang. Lagi banyak masalah dia boleh bantu selesaikan di dalam bidang industri dia, maka lebih mudah dia bina jenama dia, perniagaan dia dan kekayaan serta kejayaan senang hadir dalam hidup dia. Itu sikap mereka yang berjaya dan terus berjaya.
Posted on: Wed, 04 Sep 2013 11:43:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015