Jiran di kiri dan kanan... - Di kri kanan kita ada jiran yg - TopicsExpress



          

Jiran di kiri dan kanan... - Di kri kanan kita ada jiran yg tidak pernah berenggang dengan kita.. Antara kita dan mereka tiada dinding dan hijab, dan juga tiada rahsia. mereka tahu segala nawaitu, ucapan dan perbuatan kita. Belum sempat kita lakukan apa2 mereka terlebih dahulu mencatat. Pantas. Apabila hati baru merancang ingin melakukan kebaikan, mereka telah merekodkannya walaupun belum lagi buat. Belum buat sudah diambil kira. Hebat sungguh komitmen mereka untuk memastikan segala diari hidup kita direkodkan secara sistematik dan tiada satu pun yg tertinggal. Jika kita mampu berfikir sejenak, agak2nya jiran kita yg mana lebih sibuk, jiran di sebelah kanan ataupun kiri? Yang mencatat amalan baik ataupun buruk? Jiran yg bernama Raqib ataupun Atid? Ada satu cadangan yg menarik boleh dikongsi bersama. Boleh kita sama2 berazam melakukannya? Apa kata kita bagi malaikat Atid bercuti ataupun buat kerja paling minimum? Malikat Raqib memang lebih baik bekerja keras dan tiada masa untuk berehat.. Kenapa? Kerana itu tanda kita sedang mencari bahagia di dunia dan InsyaAllah terus bahagia di akhirat...
Posted on: Sat, 19 Oct 2013 21:09:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015