Jom aku kongsi dgn korg rahsia kenape aku selalu senyum n - TopicsExpress



          

Jom aku kongsi dgn korg rahsia kenape aku selalu senyum n berfikiran positif...sape yg kenal aku mesti pernah kena paksa aku belajar benda ni kan???percayalah,ikhlas aku nk tolong korg sebenarnya...baca OK , kalau nak improve hidup korg...:-) Ramai yang tidak tahu pasal Hukum Tarikan Ramai yang tidak tahu pasal Hukum Tarikan? Apakah Hukum Tarikan ni? Tarik apa? Itulah persoalan yang ada dalam minda seseorang yang tidak faham tentangnya. Hukum ini lebih dikenali sebagai Law of Attraction. Para saintis telah membuktikan kewujudan hukum ini secara saintifik. Dan ia telah dihebahkan oleh Rhonda Byrne dalam buku dan movie ‘The Secret’ ke seluruh dunia. Rahsia hukum tarikan ini telah dibongkarkan kepada umum. Namun masih ramai lagi yang tidak tahu mengenainya dan mungkin tidak mahu ambil tahu kerana tiada kepentingan atau mungkin ianya dianggap karut. Pada hakikatnya, ia benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian kita, tidak kira di mana anda berada di atas muka bumi ini. Hukum tarikan adalah salah satu daripada hukum alam yang sentiasa bertindak setiap masa seperti hukum graviti. Kita tidak perlu tahu dengan terperinci tentang hukum graviti di mana semua benda mempunyai berat dan ditarik ke arah pusat bumi. Begitu juga dengan hukum tarikan di mana ia bertindak hasil daripada pemikiran dan emosi/perasaan manusia. Walau apa pun, semuanya berlaku atas keizinan yang Maha Esa. Dalam Islam, sesiapa yang berbuat baik akan dibalas dengan kebaikan manakala sesiapa yang berbuat jahat, akan dibalas dengan kejahatan. Ini menunjukkan bahawa hukum tarikan bertepatan dengan ajaran Islam. Ia dapat dijelaskan lagi seperti yang termaktub di dalam Al-Quran; “Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.” –(Surah az-Zalzalah ayat 7-8) Ayat di atas menambah keyakinan kita yang hukum tarikan wujud sejak Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Hayatilah ayat ini… kebaikan dibalas dengan kebaikan; kejahatan dibalas dengan kejahatan. Tuhan mengingatkan kita supaya sentiasa berfikiran positif (kebaikan) dan memancarkan kebaikan itu kepada orang di sekeliling kita. Akibatnya, orang di sekeliling kita ataupun alam semesta memberi pula kebaikannya kepada kita. Tuhan sentiasa menggalakkan kita supaya berlumba-lumba menabur kebaikan. Tuhan melarang kita berbuat kekasaran dan kerosakan. Malah, kita juga perlu bersikap baik kepada orang yang berbuat jahat. Dalam setiap detik kehidupan, kita disuruh memancarkan cahaya kebaikan dan getaran kebajikan ke alam semesta. Dalam konsep hukum tarikan, kita menarik apa sahaja yang kita fokuskan samada ia positif atau negatif. Hukum alam tidak mendiskriminasi, ia hanya bertindakbalas kepada anda. Pemikiran kita adalah yang mencipta dunia luaran kita. Dengan menggunakan kuasa yang ada dalam diri kita, kita boleh mencipta kehidupan yang kita inginkan. Lihatlah dalam-dalam tentang diri anda. Anda mempunyai kuasa untuk mencipta kehidupan yang anda mahukan dengan menggunakan pemikiran anda. Mulakan dengan memantau pemikiran anda dan lihat jika ianya harmoni dengan impian-impian anda. Mungkin ada sedikit pemikiran negatif yang hadir dalam minda anda. Ini mungkin keraguan, cemburu, kebencian dan dengki. Ini adalah sikap negatif dan tidak akan membantu dalam perlaksanaan Hukum Tarikan. Mulakan dengan menunjukkan kasih sayang kepada semua manusia. Satu tabiat buruk yang ramai orang memilikinya adalah mereka mengutuk kekayaan. Mereka mengatakan orang kaya adalah penipu, pencuri, rasuah dan sebagainya. Dengan melakukannya, anda menghantar getaran negatif kepada alam semesta terhadap wang. Ini akan menyebabkan anda terus miskin. Justeru itu, anda harus memuji dan bangga terhadap orang kaya yang mana mereka telah keluar daripada alam kemiskinan. Mulakan rasa bersyukur setiap hari atas rahmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. Berterima kasih akan membawa anda lebih dekat kepada impian-impian anda. Rasakannya dalam hati anda apabila anda mengucapkan terima kasih. Hukum Tarikan hanya bertindak apabila emosi diletakkan dalam kata-kata anda. Perlu diingatkan bahawa pemikiran menjadi realiti. Mulai sekarang, kawal pemikiran dalam minda anda. Pemikiran adalah seperti benih dalam kebun. Anda harus menanam benih positif dalam kebun anda dan menyiramnya dengan getaran yang baik. Ini akan membawa kepada manifestasi yang lebih cepat apabila menggunakan Hukum Tarikan.
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 11:09:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015