KENALI TOKOH PERUBATAN ISLAM MASA SILAM Abu Qassim Khal;af Ibnu - TopicsExpress



          

KENALI TOKOH PERUBATAN ISLAM MASA SILAM Abu Qassim Khal;af Ibnu Abbas al—Zahraawi (936-1013M) Tokoh pembedahan yang handal dan masyur ini dikenali di Eropah dengan nama Abulcasis.Beliau dilahirkan di Bandar Di Raja al-Zahrah dalam tahun 936M. Pendidikan yang diperolehi oleh beliau ialah dalam Cordoba iaitu sebuah pusat perniagaan dan pendidikan di bahagian Sepanyol Islam.Bandaraya ai-Zahrah dan Cordoba adalah berhampiran. Beliau dipercayai mengamalkan profesionnya di Bandar ai-Zahrah sebagai seorang pengamal perubatan,pakar bedah dan Pharmacist. Sumbangan beliau dalam bidang perubatan dapat difahami dari buku al-Tasrif.Buku yang dihasilkan oleh al-Zahrawi ini diberi banyak gelaran seperti kitab al-Zahrawi.Nama penuh buku ini ialah Kitab aal-Tasrif Liman Ajiza an al-talif, yang secara ringkas disebut al-Tasrif sahaja. Al-Tasrif mengandungi 30 bahagian yang dikumpul menjadikan satu buku.Buku ini meliputi tajuk-tajuk –tajuk yang luas dan menyentuh pelbagai bidang perubatan.Satu salinan al-Tasrif dianggarkan berjumlah lebih kurang 750 folio ataupun 1500 muka. Dalam abad ke-12 M. dan ke-13M, banyak hasil karya Arab telah diterjemah ke bahasa latin dan bahasa asing yang lain. Karya al-Zahrawi mula terkenal di Barat pada pertangahan abad ke-12 M. Selepas ini nama al-Zahrawi mulai harum sebagai ahli bedah dan ketokohannya disamakin dengan Celcus dan Paulus Aeginate dalam bidang perubatan. Melalui terjemahan Gerard, al-Zahrawi memjadi terkenal dalam awal abad ke-13 M. di Itali . Dalam separuh abad ke-13 M ramai pengamal perubatan dari Itali berhijarah ke Perancis dan membawa bersama mereka ilmu al-Zahrawi .Penghijrahan ini dianggap sebagai asas permulaan pembedahan rasionaldi Perancis. Dengan secara kebetulan, pada ketika yang samasatu manual surgery oleh Roger of Parma menggunakan bahagian ke-13 al-Tasrif sebagai rujukan utama. Selepas Roger, surgeon seperti Bruno di Calabre, Lafranc, Nicolas ada Florence,Valeseus dan Toronto dan Louis of Pisa sering merujuk kepada buku al-Zahrawi yang menjadi buku teks utama dalam bidang surgery sehinggalah masa guillanme ada Saliceto (Hamarneh et al, 1963) Dalam abad ke-14 M. Guy ada Chauliac menganggap al-Zahrawi sebagai standing denagn pengamal terdahulu sepeti Hippocrates dan Galen. Dalam bukunya Great Surgery yang ditulis dalam latin dalam tahun 1363, Guy ada Chauliac telah merujukkan kepada al-Tasrif sebanyak 200kali dan memasukkan beberapa paragraph secara verbatim. Kepentingannya adalah jelas sekali sebab buku”Great Surgery” adalah buku teks piawai dalam bidang surgery di Barat sehingga masa Vesalius. Sebahagian ataupun keseluruhan buku al-Tasrif telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa terutama sekali Latin, Perancis,Sepanyaol dan Hebrew dan diterbitkan di Venice(1497), Strassburgh (1532) dan Oxford (1778). Sayang sekali terjemahan –terjemahan yang dibuat tidak begitu memuaskan dari segi ketepatan dan kesilapan ini semakin besar setelah buku itu ditiru berulang kali. Al-Tasrif adalah sumbangan utama al-Zahrawi dan dengan buku ini beliau menjadi seorang tokoh perubatan yang terkemuka. Ketokohannya diakui di negara Sepanyol, Afrika Utara dan Kerajaan Islam Timur dan juga di Eropah Barat. Buku yang ditulis oleh ai-Zahrawi memenuhi 3 perkara penting : 1. Memberi nasihat dan anjuran yang baik untuk meningkatkan bidang kesihatan dan berguna untuk penuntutnya dan pengamal perubatan yang lain. 2. Alat dan teknik yang digunakan oleh al-Zahrawi dibicarakan dengan terperinci dan beliau menggunakan pendekatan moden terhadap proses-proses yang dibuat olehnya. 3. Beliau mencadangkan kesenian perubatan yang terbaik untuk ketika itu. Beliau dengan jelas memberi keterangan mengenai cara rawatan, persedian ubat, dan penyimpanan ubat di bawah keadan unggul dan cara terselamat pemberian ubat dan diet.Kesemua anjuran yang dibuat olehnya adalah amat bersesuaian sekali dengan prinsip-prisip perubatan yang wujud pada ketika itu. Melalui buku ini rawatan secara kauteri yang dianjurkan oleh al-Zahrawi telah luas diguna di Barat pada akhir zaman Pertengahan.Dalam bidang surgeri al-Zahrawi telah memperkenalkan 150 alat pembedahan termasuk alat untuk obstetik dan pergigian. Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, diagnosis dan prognosis, mengakui kepentinagn anatomi, temperamen, meteorologi dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan. Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat. SEBENARNYA KITA UMMAT YANG HEBAT :-)
Posted on: Fri, 23 Aug 2013 14:12:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015