============ KENAPA MENGAJAR WALAUPUN - TopicsExpress



          

============ KENAPA MENGAJAR WALAUPUN BODOH? ============ Maaf, tajuk agak kasar! Saya tuju untuk saya sebenarnya. Alhamdulillah, hari ini saya baharu habis satu program hebat! Secara peribadi, saya suka sebenarnya nak kongsi satu UNGKAPAN RAHSIA yang orang hebat selalu fikirkan! “Jika kita mengajar, telinga siapa dengar dulu?” Betul, telinga kita. (Mana tahu ni?) Saya dari dulu, waktu tingkatan 4 lagi, keputusan agak ok, tiadalah dapat A+ cuma tak GAGAL. Saya pula jenis yang faham untuk ‘makan sendiri’ saja. Bila last minute boleh buat latihan, bila ada yang tanya, saya mengelak sebab? Sebab tak yakin jawapan saya betul atau tidak. Selepas habis SPM rasa nak kongsi apa yang tahu, bertambah malu! Sebab SPM dulu ambil dalam keadaan gopoh gapah. Tapi hari ini saya belajar sesuatu yang baru! . . . ------------------------- KITA MENGAJAR UNTUK BELAJAR ------------------------- Betul, ini bukan falsampah. Ini ilmu. “KITA PERBAIKI DIRI, DAN SERU YANG LAIN SEKALI!” Hari ini, dalam satu kem saya di’sumbat’ dengan rela satu fahaman. Kita mula mengajar bukan setelah sempurna. Tapi di saat kita mula BERNIAT mahu belajar. Lama juga saya cuba hadam. Tak puas hati sebenarnya dengan ideology penceramah tu. Mana boleh mengajar kalau kita sendiri tak betul kan!? > Bayangkan pelacur mengajar menutup aurat! > Bayangkan peminum arak didik cara hilang ketagih arak! > Bayangkan samseng jalanan ajar pemanduan berhemah! Boleh diterima akal ke? [ Sekadar Fahaman Sendiri ] Sebab tu ayat bermula dengan kita PERBAIKI DIRI. DAAANNNNNNN seru yang lain sekali. Maksudnya di sini, untuk kita seru orang lain kita mestilah baiki diri dulu! Cuma, sambil-sambil kita baiki diri SECARA SERENTAK kita mesti seru orang lain sekali. Betul, SERENTAK! Bila pelacur mula nak belajar tutup aurat, maka dia mula juga berkongsi “Tips Menutup Aurat Bagi Pelacur Bertaubat Tahap 1” Bila peminum arak baru sehari tinggalkan arak, maka dia terus ikut dan sokong “Kempen Neutralisasi Arak Tegar” Bila samseng jalanan cuba untuk pandu ikut had laju, maka tak sampai berapa hari dia dah mula kongsi “Formula Mengawal Nafsu di LebuhRaya” . . . -------------------------- KEFAHAMANKU MUNGKIN KEFAHAMANMU JUA -------------------------- Secara perbadi, saya tak faham pun ayat ini secara total. Tapia apa yang saya buat, entah, kongsi sajalah. Mana tahu ada orang yang nak kongsi lagi. Ada orang yang nak tanya. Bukankan proses pembelajaran itu lebih pantas? Kan? Kan? Mereka yang baru nak ber’hijrah’ kemudian terus ajak orang lain berhijrah juga, mesti rasa semangatnya lagi kental. Tak tipu. Hoho, kem ini, bagi saya antara penganjak paradigma pemikiran saya. Saya budak penakut yang berani! Wahaha.. Kem yang mengajar kenapa kita mesti jadi FASILITATOR? Apa tugas kita di muka bumi ini?- HAKHADA! Masyarakat yang tenat kerana dahaga ILMU dari INSAN yang Allah lebihkan ni’mat Iman dan Islamnya. Betul, tolonglah turun tengok realiti masyarakat. 7 Ciri Fasilitator Muslim Dinamik? In shaa Allah, dalam proses nak kongsi lagi, cukup setakat ini dulu. Terima Kasih Abg Mohamad Hazwan Shah Ismail & Friends.. Terima Kasih PEPIAS. #LAKEP2013 #LAKEP (Latihan Asas Kefasilitatoran PEPIAS) p/s LIKE --------- Cikgu Asyraf Sabri via Amirul Asyraf Sabri
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 16:36:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015