KENDERAAN DIROMPAK DITEMUI SEMULA, DUA SUSPEK DIBERKAS Kuala - TopicsExpress



          

KENDERAAN DIROMPAK DITEMUI SEMULA, DUA SUSPEK DIBERKAS Kuala Lumpur, 26 Jan - Polis menemui semula tiga buah kenderaan yang dicuri antara Oktober tahun lalu dan Januari tahun ini selain menahan dua suspek di Taman Kinrara, Puchong semalam. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias berkata dua suspek berusia 20-an itu ditahan di kawasan tempat letak kereta kira-kira pukul 7.15 malam. Sebelum tangkapan dibuat, seorang penduduk di situ menyedari kelakuan seorang lelaki dan rakannya yang sedang memecahkan dua buah kereta. Jadi, dia menghubungi MERS999 dan pihak kita telah bertindak pantas dengan menahan kedua-duanya di situ. Setelah disiasat, kita dapati tujuan mereka memecahkan kereta adalah untuk mengambil kereta yang dicuri dan mereka bekerja sebagai collector. Maknanya sindiket lain mencuri di tempat lain dan parking di tempat tersebut untuk diambil dan dijual kepada sesiapa sahaja, katanya kepada pemberita selepas pelancaran Ops Selamat Peringkat Ibu Pejabat Polis Serdang di sini hari ini. Abdul Razak berkata siasatan lanjut ke atas kedua-dua suspek membawa kepada penemuan sebuah lagi kenderaan curi jenis Perodua Kancil di Klang pada hari yang sama. Apabila diperiksa kereta ini, rupanya telah dilaporkan hilang pada awal bulan ini di Shah Alam, manakala dua buah kereta yang ditemui sebelum ini iaitu masing-masing Volkswagen dan Myvi pula hilang pada bulan Oktober tahun lalu di Pulau Pinang dan Seremban, katanya. Abdul Razak memberitahu kesemua kenderaan dan suspek telah dibawa dan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang untuk siasatan. -BERNAMA
Posted on: Sun, 26 Jan 2014 13:00:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015