KETUA jurulatih Kelantan Bojan Hodak lega apabila beberapa tonggak - TopicsExpress



          

KETUA jurulatih Kelantan Bojan Hodak lega apabila beberapa tonggak utama The Red Warriors (TRW) termasuk penyerang berbisa Dickson Nwakaeme dan Indra Putra Mahayuddin semakin pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan. Pengendali kelahiran Crotia itu kini hanya mengharapkan ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring yang dialaminya bagi melengkapkan persediaan rapi TRW menjelang kempen Piala Malaysia pada 20 Ogos depan. “Hasil daripada dua perlawanan persahabatan, Nwakaeme kini dilihat lebih cergas, malah mampu bermain sehingga 80 minit dan ia adalah perkembangan yang baik kepada pasukan. Indra (Putra) pula sebelum ini hanya mampu bermain antara 50 hingga 60 minit sahaja kerana masalah kecederaan, namun ketika perlawanan persahabatan menentang T-Team ini dia mampu beraksi sehingga ke penghujung perlawanan. Ia sangat melegakan saya dalam usaha melakukan persediaan Piala Malaysia. “Selain itu, Piya kini di lihat semakin pulih dan walaupun hanya dimasukkan pada 10 minit terakhir pada perlawanan menentang T-Team sebagai ujian, dia mampu memainkan peranan yang baik buat pasukan. Saya yakin Piya akan pulih sepenuhnya sebelum kempen Piala Malaysia bermula,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam kelmarin. Dalam perlawanan persahabatan malam kelmarin, Kelantan berjaya bangkit setelah ketinggalan untuk mebenam skuad kendalian Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor itu 2-1, hasil jaringan Zairul Fitree Ishak dan Piya. Walaubagaimanapun, Hodak tetap tidak dapat menafikan kebimbangannya terhadap enam tonggak Kelantan yang kini bersama skuad kebangsaan terdedah kepada kecederaan serius yang boleh menjejaskan persediaan pasukannya. “Saya tidak tahu status enam pemain saya yang kini bersama skuad kebangsaan. Saya tidak tahu berapa banyak mereka bermain dan berapa peratus tahap kecergasan mereka setakat ini. Apa yang saya tahu, Norfarhan (Mohamad) dan Azizi (Matt Rose) mengalami sedikit kecederaan sebelum ini. Cuma sekarang ini, saya harap enam pemain bersama skuad (Datuk) K Rajagobal itu dapat pulang dengan sihat dan bebas daripada kecederaan,” katanya. *8081*__19@...
Posted on: Mon, 12 Aug 2013 08:25:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015