KING jason wrote :Ingatkan Rosmah pergi Qatar guna harta kerajaan - TopicsExpress



          

KING jason wrote :Ingatkan Rosmah pergi Qatar guna harta kerajaan dapat la rakyat tumpang senang ke apa..rupanya berabis duit rakyat suka hati mak bapak dia jer... Duit kerajaan dah nak habis.. naikkanlah kos takrif lektrik.. tu cerita belakang dia... Takrif lektrik nak dinaikkan pasni..sila jangan marah. Umno pemberi rezki.. jangan marah.. Tarif elektrik dijangka naik selepas Putrajaya struktur semula sektor tenaga Penderitaan rakyat Malaysia berikutan kenaikan kos kehidupan akan bertambah parah terutama bagi yang tinggal di bandar besar.Selepas pengurangan subsidi bahan api dan penghapusan subsidi gula baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan tarif elektrik pada tahun hadapan.MyPower Corporation, sebuah agensi dengan pelbagai tujuan khas ditubuhkan untuk memacu industri bekalan tenaga elektrik di Malaysia berkata, mereka sudah menyempurnakan kajian ke atas beberapa aspek pembaharuan dalam industri, termasuk pelarasan tarif.Ketua Pegawai Eksekutif MyPower, Datuk Abdul Razak Abdul Majid, berkata jika subsidi minyak dikurangkan secara beransur-ansur, maka kadar tarif adalah pada kira-kira 42 sen bagi setiap kilowatt jam (kwh), berbanding dengan kadar semasa subsidi 33.5 sen/kwh.Abdul Razak berkata, kos penjanaan seunit pada masa ini adalah kira-kira 30.9 sen (kwh).Berdasarkan unjuran MyPower , pengguna dijangka menerima peningkatan kira-kira 8.5 sen bagi setiap kilowatt, iaitu melibatkan kenaikan sebanyak 26%.
Posted on: Fri, 22 Nov 2013 07:52:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015