KOMUNITI PRIHATIN - oleh Niezarm San Siapa tahu kes ni? - TopicsExpress



          

KOMUNITI PRIHATIN - oleh Niezarm San Siapa tahu kes ni? Anggota polis lepas lima das tembakan kerana lamaran teman wanita di tolak. pautan hide.my/BBB111 Nota Admin - di pautan hide.my/BBB111 laman suarainsan.net menulis yg suspek adalah anggota Polis di Balai Bandar Baru Bangi... di laporan BERNAMA (hide.my/BBB112) pula di sebut yg polis tersebut adalah Polis Bantuan... Akibat Cinta Terhalang: Polis Bantuan Tembak Adik Kekasih KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan kejadian seorang anggota polis bantuan melepaskan lima das tembakan sehingga mencederakan seorang lelaki dalam satu kejadian di di Taman Megah, Kajang, dekat sini pagi tadi. Beliau berkata, pihak polis akan menyiasat kejadian ini secara terperinci tanpa melindungi apa-apa maklumat. Kita akan siasat kes dan tiada siapa yang akan terlepas atau dilindungi. Kita akan pastikan tindakan sewajarnya diambil ke atas anggota yang didapati terlibat dalam jenayah serta salah laku, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil pelantikan Editor Bersekutu Institute of Public Security of Malaysia (IPSOM), di sini, Isnin. Kakak sulung mangsa yang dikenali sebagai Stephiney, 29, ketika ditemui di tempat kejadian berkata ketika kejadian jam 8 pagi itu suspek yang berumur 28 tahun dikatakan menceroboh kawasan rumah mereka untuk berbincang masalah hubungan cintanya dengan adiknya, 26, yang terputus sejak Rabu lepas. Dia yang tidak puas hati apabila dihalang memasuki rumah keluarga oleh mangsa, 25, bertindak memanjat pagar berkunci sebelum melepaskan lima das tembakan secara rambang sambil mengejar mangsa hingga ke pintu belakang rumah tetapi berjaya diselamatkan anggota keluarga lain yang ada di dalam rumah itu. Adik lelaki saya lari ke pintu belakang selepas terkena tembakan, sebelum dia (suspek) melarikan diri, katanya sambil menambah keluarganya menghubungi polis. Satu daripada tembakan itu mengenai bahu kiri mangsa, satu lagi mengenai cermin hadapan kereta Myvy milik mangsa manakala tiga lagi tembakan tersasar. Sumber polis berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan bagi mengeluarkan peluru. Keadaannya kini dilaporkan stabil. Sementara itu, suspek yang melarikan diri bagaimanapun ditahan di sekitar Kajang beberapa jam selepas kejadian. Suspek yang bertugas malam tadi dikatakan tidak menyerahkan senjatanya selepas waktu bekerja dan dipercayai menggunakan pistol yang sama semasa menyerang keluarga mangsa. Stephiney berkata keluarganya menghalang hubungan cinta adiknya itu kerana mendakwa tidak menyukai sikap dan tingkah laku suspek sehingga hubungan pasangan itu putus Rabu lalu. Dia juga pada malam kejadian menghantar SMS berbaur ugutan bunuh kerana tidak berpuas hati mengenai penghujung cintanya yang berkecai, kata Stephiney. -- BERNAMA
Posted on: Tue, 19 Nov 2013 01:56:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015