Kadang kadang saya musykil, adakah bidang kedoktoran ini - TopicsExpress



          

Kadang kadang saya musykil, adakah bidang kedoktoran ini menidakkan keagungan tuhan? Mengapa ada yang tidak mengiktiraf rawatan perubatan moden sebagai suatu ikhtiar yg sah disisi agama Islam? Malah ada pihak yang melabel praktis kami sebagai suatu agenda/konspirasi Yahudi. Ada pesakit yang menolak rawatan kerana katanya rawatan secara Islam lebih afdal, mujarab dan tiada komplikasi. Atas rasa ingin tahu, saya ajukan soalan ini: "Maaf pakcik, rawatan secara islam yang pakcik maksudkan tu macam mana ek?" (Saya org jati johor, maka saya akhiri soalan dengan "ek") " Ustaz-ustaz la ni ramai handal-handal! Doa depa ni mujarab" Pada hemat saya, pakcik ni lagi sesat. Kalau dia yakin ustaz tu yang sembuhkan dia, maka jadi syirik la kan? Doa dan ubat tu sama tujuannya, dua-dua pun ikhtiar. Doktor dan ustaz dalam konteks ini pun sama fungsinya, sebagai pembantu pelaksana ikhtiar. Sembuh atau tidak, itu ketentuanNya.
Posted on: Fri, 05 Jul 2013 14:35:53 +0000

Trending Topics



"sttext" style="margin-left:0px; min-height:30px;"> Have been giving some thought to the no makeup selfie and the tool
Intan Suraya LeeAnya ZaidJaddatee DzyaHijaziNani Ayu Yusof
One Month Away!! The Caribserve Video X Games & Da Goodness
Matthew 24:32-51 32 Now learn a parable of the fig tree; When his

Recently Viewed Topics




© 2015