Kau tahu kawan, minggu lalu sewaktu hadiri kursus, bukan saja - TopicsExpress



          

Kau tahu kawan, minggu lalu sewaktu hadiri kursus, bukan saja dapat ilmu malah dapat juga berkongsi cerita perit warga yang tak dipeduli pemerintah. Memandangkan guru Bahasa Melayu kebanyakannya veteran, maka perbualan sewaktu menunggu makan tengah hari adalah berkisar soal tanah. Butir bicaranya ada menyelitkan SLDB, wakil rakyat, penipuan, ladang, warga asing dan pemimpin Semenanjung. Dengan tak tahu malu, saya mencampuri perbualan mereka. Saya katakan secara umum, Pemimpin kita buat sesuatu, bukan untuk fikirkan rakyat, tapi fikirkan poket mereka dulu saya menambah minyak dalam hangat bicara itu. Itulah. Betul tu. Kau asal mana? tanya seorang guru dengan curiga. Orang Beaufort bha saya ini jawab saya dengan lidah saya sudah membiasakan dialek Sabah. Beliaumu kah yang mengajar di IPG Keningau itu? Tanya seorang lagi. Tidak itu pakcik saya tegang Patut macam ada iras-iras mengendurkan suasana. Perbualan disambung tanpa ada curiga tentang identiti saya. Masalah pemimpin kita di sini, mereka mengikut telunjuk pemimpin Semenanjung semakin berani seorang lagi bersuara meluahkan kecewa. Dan perbualan itu berlarutan. Sungguh, baru saya menyedari walau warga ini jauh dari kota, namun mereka tahu hak mereka. Tinggal saja mereka tak punya pilihan lain kerana bimbang tak dipeduli.
Posted on: Fri, 18 Oct 2013 01:38:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015