Kehadiran Barcelona ke Malaysia bukan percuma, tp dibayar $1.4 - TopicsExpress



          

Kehadiran Barcelona ke Malaysia bukan percuma, tp dibayar $1.4 juta oleh penaja. 12 % dari tajaan itu adalah dari FAM yang kepingin melihat Barcelona mengayamkan Malaysia. Jika FA negeri bijak, dan untuk elakan skuad negara menanggung aib, lebih elok jika skuad negara digantikan dgn skuad pilihan liga super/perdana. Pemilihan pemain adalah dikalangan yg terbaik dari liga kita sendiri. Hong Kong pun hantar superstar league, bukan pasukan negara ketika bertemu Real Madrid. Jika menghantar skuad pilihan liga super, sekurang-kurangya boleh senaraikan 3,4 pemain import terbaik dlm liga. Bukan menjual skuad kebangsaan. Tiada satu pun faedah dari game ini untuk skuad kebangsaan terutama dari segi ranking. 1.4 juta itu lebih elok jika aturkan perlawanan persahabatan bertemu negara- negara eropah yang berpotensi untuk peningkatan ranking contoh seperti Finland, Wales, Slovakia atau Bosnia, ataupun negara afrika yg berpotensi untuk ditewaskan seperti Gabon, Togo dan Angola yg ranking mereka mmg lebih baik dari kita. adakah FAM masih berfikiran bahawa, jika aturkan perlawanan dgn kelab terbaik eropah, pemain yang menyerlah bakal ditawarkan kontrak bersama kelab tersebut ? jgn bermimpi pada musim jerebu ni. Pembaziran semata-mata. Adakah Malaysia layak ke Piala Asia selepas bertemu Man utd, Chelsea, Liverpool, Arsenal ????? Piala Dunia???? AFF pun kita sudah terlepas. yang pasti, pemain akan bertukar jersi dgn bangga bersama Messi, Iniesta dan ramai lagi walaupun dikalahkan 10-0..itu hakikatnya. Jurulatih patu bersuara dan tahu apa yg baik untuk team, bukan ikut telunjuk semata-mata. cc : Abd Rahim Khamis
Posted on: Tue, 25 Jun 2013 16:26:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015