Kementerian Dalam Negeri mendedahkan Geng 04 dan Geng 08 yang - TopicsExpress



          

Kementerian Dalam Negeri mendedahkan Geng 04 dan Geng 08 yang didalangi kaum India merupakan kumpulan kongsi gelap paling aktif dan bahaya daripada 49 kumpulan di negara ini. Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata Geng 04 mempunyai lebih 5,400 ahli aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur -- melibatkan antaranya kes pengedaran dadah, tarik kereta, bouncer, pungut wang perlindungan dan melakukan jenayah menggunakan senjata api dan senjata tajam. Manakala Geng 08 ditubuhkan sejak tahun 1970-an mempunyai seramai lebih 4,400 ahli aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan serta Melaka dan melakukan aktiviti yang sama. Datuk Seri Abdul Rahim berkata demikian dalam sidang media semasa mengumumkan senarai nama 49 kumpulan kongsi gelap di ibu negara. (BERNAMA)
Posted on: Fri, 30 Aug 2013 19:30:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015