Kepada pengomen2... Minyak di Malaysia adalah antara 10 negara - TopicsExpress



          

Kepada pengomen2... Minyak di Malaysia adalah antara 10 negara paling murah di dunia. Siapa kata minyak kita mahal berbanding negara luar menipu diri sendiri. 10 Negara dengan minyak termurah di dunia. [Negara Harga/L Pengeluaran vs Penggunaan (tong sehari) peratusan guna/keluar] *Anggaran 1. Venezuela RM0.03/L (3M) vs (746K) 25% 2. Saudi Arabia RM0.36/L (10M) vs (2.6M) 26% 3. Kuwait RM0.63/L (2.6M) vs (354K) 13% 4. Mesir RM0.81/L (680K) vs (780K) 114% 5. UAE RM1.41/L (3M) vs (545K) 18% 6. Iran Rm1.71/L (4.2M) vs (1.9M) 45% 7. Malaysia RM1.90/L (690K) vs (600K) 86% 8. Mexico RM2.70/L (2.9M) vs (2M) 68% 9. USA RM2.80/L (8.5M) vs (19M) 223% 10. Russia RM2.84 (11M) vs (2.2M) 20% Nota: Venezuela ialah sebuah negara miskin, cubaan untuk menghapuskan subsidi minyak pada 1989 menyebabkan rusuhan yang membunuh ramai orang. Industri minyak di Venezuela dijangka akan terkesan dengan cara pengendalian sekarang. Mesir (sedang bergolak) selepas penggulingan presiden Hosni Mobarak, kerajaan mesir cuba menstrukturkan semula industri tenaga dan mengekalkan harga minyak rendah sambil cuba menghapuskan subsidi tenaga. Mesir mengalami begitu banyak masalah dengan krisis tenaga dan ekonomi yang seterusnya membawa kepada keadaan pergolakan sekarang. Walaupun dalam kedudukan ke 7 harga petrol termurah, tetapi peratusan penggunaan vs pengeluaran di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi. Tempat kedua jatuh pada mesir yang seterusnya menjurus pada krisis tenaga dan pergolakan ekonomi dan seterusnya politik dan ketidakstabilan negara, tempat pertama diduduki oleh Amerika Syarikat. Sememangnya Amerika Syarikat sudah pun berada dalam kegawatan, tetapi gergasi dunia ni masih bertahan memandangkan mereka mengawal ekonomi dunia melalui sistem ekonomi rekaan mereka dan juga cubaan demi cubaan mereka menghuru harakan negara pengeluar minyak di timur tengah untuk menghilangkan kehausan mereka terhadap minyak. Kalau nak masukkan brunei... Harga minyak brunei RM1.30 lebih kurang, tapi pengeluaran dia cuma 159000 tong dan penggunan HANYA 17000 tong, cuma 10%. Dan bilangan rakyat brunei cuma 1% bilangan rakyat Malaysia (400 000 berbanding 27 juta) kalau ikutkan, kenapa brunei tak bagi free je minyak.. kenapa kena bayar jugak.. 90% minyak dia dijual kot. 10% tak boleh bagi free ke. fikirkan ya. ~~copy n paste~~ msti ramai pangkah aku lpas ni.. ada aku kesah... hahahahahaha
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 03:31:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015