Kerja kerajaan atau swasta ? mana satu pilihan anda Jika - TopicsExpress



          

Kerja kerajaan atau swasta ? mana satu pilihan anda Jika kerajaan 1 -Ada kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan 2 -Cuti tahunan yang banyak mengikut kelayakan 3 -Cuti bersalin pun banyak 4 -Rawatan percuma di klinik dan hospital kerajaan 5 -Boleh buat pinjaman perumahan 6 -Ada pencen bila dah bersara pada umur 55/58/60 tahun 7 -Peluang melanjutkan pelajaran 8 -Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa 9 -Kerja lebih free berbanding swasta dan lebih banyak masa boleh diluangkan bersama keluarga Tapi kalau swasta pulak mungkin tiada pencen, kerja sibuk sikit, cuti susah nak dapat, nak kursus kena bayar, tapi still leh buat simpanan KWSP, bagi yang rajin tu boleh naik pangkat cepat, dan gaji pun boleh naik cepat dengan cara carik pengalaman banyak2, amik cert sana sini lepas tu lompat pergi company lain demand gaji up 5 6 ratus, kadang2 up sampai 1K pun ada. Contohnya seorang pegawai atau eksekutif profesional, kalau kat swasta kadang2 umur baru 30 tapi gaji ada yang RM6K dan mungkin lebih dari tu, kalau kat gomen tu umur 30 gaji mungkin baru RM3K lebih. Bonus takyah cakap la, kalau company besar sikit atau untung banyak, mau 3 4 bulan gaji. Kalau yang berniaga sendiri tu kalau pandai memang kejap je boleh kaya. So kalau kerja swasta biasanya pendapatan diperolehi melalui perniagaan yang dibuat samada jual produk, perkhidmatan dan lain2, so makin maju perniagaan makin banyaklah untung, makin banyak untung makin banyak la pekerja boleh hire, makin banyak gaji boleh bayar, makin banyak bonus boleh bagi. Tapi berbeza dengan gomen, main business gomen adalah berbentuk perkhidmatan kepada rakyat dan orang awam, justeru mereka tidak membuat apa2 transaksi perniagaan. Oleh itu pendapatan gomen ni diperolehi semata2 dari cukai orang ramai dan syarikat2, duti eksais import eksport, saman2 polis dan lain2, makanya pembayaran gaji dan bonus kepada kakitangan awam datang dari sumber2 tersebut. Jadi apa pendapat anda ? kita bincangkan secara ilmiah. insyaAllah .
Posted on: Fri, 23 Aug 2013 02:00:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015