Kes Altantuya: Tiada bukti kaitkan Najib kes Altantuya Tiada - TopicsExpress



          

Kes Altantuya: Tiada bukti kaitkan Najib kes Altantuya Tiada bukti untuk kaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Mahkamah Rayuan diberitahu semalam. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, berkata seseorang tidak boleh menuduh atau mengaitkan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri (TPM) hanya kerana Abdul Razak Baginda secara kebetulan mengenali beliau, manakala Deputi Superintendan (DSP) Musa Safri pula adalah pengawal peribadinya. "Seseorang dituduh di mahkamah berdasarkan bukti sebenar dan bukan berdasarkan bukti rekaan," katanya. Abdul Razak, 50, penganalisis politik, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, membunuh Altantuya. Keterangan menunjukkan Abdul Razak dan Musa berbalas mesej dengan Abdul Razak meminta bantuannya untuk menghalang Altantuya daripada mengganggu diri dan keluarganya. Musa kemudian memperkenalkan Azilah kepada Abdul Razak.
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 07:03:08 +0000

Trending Topics




© 2015