Kes Altantuya: Tiada bukti kaitkan Najib kes Altantuya Tuduhan - TopicsExpress



          

Kes Altantuya: Tiada bukti kaitkan Najib kes Altantuya Tuduhan harus berdasarkan bukti benar bukan rekaan Putrajaya: Tiada bukti untuk kaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Mahkamah Rayuan diberitahu semalam. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, berkata seseorang tidak boleh menuduh atau mengaitkan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri (TPM) hanya kerana Abdul Razak Baginda secara kebetulan mengenali beliau, manakala Deputi Superintendan (DSP) Musa Safri pula adalah pengawal peribadinya. “Tiada apa untuk kaitkan TPM ketika itu dengan apa yang dilakukan perayu (Azilah dan Sirul Azhar) atau Abdul Razak,” Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Timbalan Pendakwa Raya “Seseorang dituduh di mahkamah berdasarkan bukti sebenar dan bukan berdasarkan bukti rekaan,” katanya. Abdul Razak, 50, penganalisis politik, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, membunuh Altantuya. Keterangan menunjukkan Abdul Razak dan Musa berbalas mesej dengan Abdul Razak meminta bantuannya untuk menghalang Altantuya daripada mengganggu diri dan keluarganya. Musa kemudian memperkenalkan Azilah kepada Abdul Razak. Kenyataan bersumpah Tun Abdul Majid berkata, kenyataan bersumpah Azilah secara jelas menunjukkan apa juga tindakan yang dilakukan adalah keputusannya sendiri. “Tiada apa untuk kaitkan TPM ketika itu dengan apa yang dilakukan perayu (Azilah dan Sirul Azhar) atau Abdul Razak,” hujahnya dalam rayuan dikemukakan dua anggota polis itu terhadap sabitan dan hukuman mati diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam, 9 April 2009. Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah melakukan pembunuhan itu di Mukim Bukit Raja, Klang dekat sini, antara 10 malam, 19 Oktober 2006 dan 1 pagi, 20 Oktober 2006. Rayuan didengar panel tiga hakim; Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. Pada akhir penghujahan, Albert bertanya sama ada sabitan Azilah dan Sirul Azhar benar-benar kukuh seperti diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yassin. Albert berkata, hakim itu tidak menyentuh mengenai niat bersama dua anggota polis itu untuk membunuh Altantuya. “Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Tiada sebarang rujukan sama ada aspek ini dibuktikan dalam pertuduhan,” katanya. Tun Abdul Majid bersetuju Hakim Mahkamah Tinggi tidak menyentuh isu niat bersama, tetapi merujuk kedua-dua mereka sebagai tertuduh pertama dan kedua. Apandi pula berkata: “Beliau (hakim perbicaraan) tidak menyebutnya langsung (niat bersama), tidak ada langsung dalam alasan penghakiman. Kelakar bukan?” Kenyataannya disambut ketawa kecil orang awam dalam mahkamah, tetapi Albert yang jelas kecewa berkata: “Bagi dua tertuduh yang akan ke tali gantung, ia bukan sesuatu yang kelakar.” Cukup bukti Tun Abdul Majid berkata, pendakwaan mempunyai cukup keterangan untuk membuktikan kes mereka walaupun tiada rujukan daripada hakim perbicaraan mengenai isu berkenaan. Terdahulu, Tun Abdul Majid juga berhujah pihaknya tidak pernah menyatakan bahan letupan yang digunakan dalam pembunuhan Altantuya ialah C4. Katanya, C4 tidak pernah disebut dalam keterangan dan saksi dalam perbicaraan hanya memberi keterangan pegawai UTK dilatih dalam penggunaan bahan letupan dan mempunyai akses kepada bahan berkenaan. Mahkamah kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan untuk keputusan. - BERNAMA
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 04:27:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015