Kes tembak Hussain: Polis tahan pemandu teksi untuk bantu - TopicsExpress



          

Kes tembak Hussain: Polis tahan pemandu teksi untuk bantu siasatan 31/07/2013 KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang pemandu teksi di sebuah restoran di Sri Petaling, di sini bagi membantu siasatan berhubung pengasas Perbankan Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak di kawasan letak kereta sebuah tokong di Lorong Ceylon dekat Bukit Bintang di sini pada Isnin lalu. Suspek yang menembak Hussain, 75 dan juga dan isterinya, Cheong Mei Kuan, 49 dipercayai menaiki teksi yang dipandu lelaki berusia 44 tahun itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, polis menahan pemandu teksi terbabit pada pukul 9 malam semalam dan siasatan awal mendapati pemandu teksi itu menurunkan suspek di Jalan Alor selepas insiden berkenaan. “Kita sudah kenal pasti suspek dan akan edar gambar atau fotofit suspek (pembunuh) kepada orang awam. “Orang awam yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. - KOSMO!
Posted on: Wed, 31 Jul 2013 07:53:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015