Kesedaran berpolitik di kalangan masyarakat Kelantan ini telah - TopicsExpress



          

Kesedaran berpolitik di kalangan masyarakat Kelantan ini telah diakui sendiri oleh Firth (1966: 13) dalam kajiannya di Mukim Perupok, Bachok pada tahun 1966. Beliau menyatakan kesedaran berpolitik di kalangan masyarakat Mukim Perupok sebagaimana berikut; “Barangkali adalah sesuatu yang lumrah bagi wamita yang sangat pandai dalam hal-ehwal biasa ketawa menjawab bahawa semua parti adalah sama padanya. Ia tidak faham. Simbol grafik yang digunakan bagi bagi orang buta huruf di sini ialah perahu layar bagi Perikatan, kepala lembu (Barisan Sosialis), segemal padi (Parti Negara), dan bulan bintang (PAS). Wanita itu katanya memilih segemal padi yang mengingatkannya kepada makanan ruji. Ada pula seperti pengail ikan yang hampir buta huruf yang boleh berdebat dengan pengetahuan dan kebijaksanaannya politiknya tentang baik buruknya Persekutuan Malaysia ditubuhkan dengan mempertahankan dasar Kerajaan Kelantan dominasi PAS terhadap kemasukan unsur-unsur asing yang berbahaya dalam Persekutuan Malaysia” (Firth 1966: 13) Komen DrZaiyadi Haji Awang Noh, Mohd Kholil Md Nor, Cucusulong Hj Pok Him, Mohd Suffian, Mattblacqkk Kembali Mencari, Mohd Fauzi Muhammad, Fauzi Shaffie, Wan Malek, Nasrul Mohamed dan Abe Mad.
Posted on: Sat, 07 Sep 2013 11:14:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015