Kesilapan awal yang dilakukan oleh Morsi ialah gagal menjadi - TopicsExpress



          

Kesilapan awal yang dilakukan oleh Morsi ialah gagal menjadi presiden Mesir. Morsi menjadikan dirinya bukan presiden Mesir tetapi presiden Ikhwanul Muslimin. Morsi tidak menjalankan dasar keterbukaan untuk mengakui bahawa bukan semua warga Mesir bersetuju dengan dasar Ikhwan. Morsi gagal untuk memahami apa makna 48.3 peratus yang tidak bersama. Morsi tidak dilihat sebagai presiden Mesir. Semakin dikritik semakin membebal. Sama seperti apa yang telah berlaku di Kedah bawah Azizan. Ketidakpuasan orang ramai makin terkumpul. Anak-anak muda dari Dataran Tahrir semakin tidak puas hati Paling memeranjatkan dunia, pada 14 Jun yang lalu Morsi memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria. Morsi meminta agar negara imperialis dan Nato membuat sekatan udara ke atas Syria. Dalam masa yang sama Morsi tidak pula mengusik Perjanjian Camp David. Morsi tidak pula memutuskan hubungan diplomatik dengan Zionis Israel. Dasar ini bukan hanya memeranjatkan dunia malah anak-anak muda Mesir melihat bahawa revolusi pertama mereka telah dibajak. Lalu mereka menubuhkan gerakan anak muda yang dipanggil Tamarrod.
Posted on: Tue, 16 Jul 2013 00:54:10 +0000

Trending Topics




© 2015