Ketawa bersama Menangis bersama Ku bersumpah harap kita Mati pun - TopicsExpress



          

Ketawa bersama Menangis bersama Ku bersumpah harap kita Mati pun bersama Sejak dua menjak ini Makin kerap ku diganggu visi Bila celik, juga bila mimpi Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi Dia membelaimu dengan izin dan permisi Sentuhan katanya semuanya kau iakan Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan Aku redha walau tidak ku damba Walau hampa semuanya dah dijangka Beberapa purnama dulu cinta bertahta Kenangan dibina kita indah belaka Ketawa bersama, menangis bersama Ku bersumpah harap kita mati pun bersama Namun hakikatnya, bukan mudah Aku sembunyikan gulana-gundah Segalanya kan berubah Dengarkan apa yang ku mahu luah *Rahsia ini Telah lama ku pendamkan Tiba masanya Segala-galanya Ku ceritakan Aku kan pergi Pergi ku tak akan kembali Tiba masanya Kau cari teman pengganti Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias Kita tak terlepas dari terkena tempias Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks Bila dunia seolah tak memahami Kau sudi selami, dalami dan mengalami Setia mendengar, sentiasa hadir Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal 70 000 hijab harus ku singkap Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap Dalam diam ada, seorang yang ku puja Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Posted on: Tue, 15 Oct 2013 15:05:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015