Ketika semua umat islam bertasbih dan bertahmid memuji Allah - TopicsExpress



          

Ketika semua umat islam bertasbih dan bertahmid memuji Allah selepas terbenamnya matahari akhir ramadhan, TAHUKAH ANDA bahawa ahli-ahli kubur yang mendengarnya merintih dan menangis. Imam Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, Ali Sarbini menjelaskan merujuk kepada kitab Mattlaul Badroin penghuni kubur akan merasa gembira bila mendengar kedatangan Ramadhan. Ini kerana segala penyeksaan yang dilalui akan dihentikan kerana kemuliaan Ramadhan. "Itu sebabnya, kadang-kadang bila takbir, mereka akan tersinggung, orang-orang ini (ahli kubur) akan menangis kerana mereka akan menerima seksaan semula sebaik sahaja tamatnya Ramadhan. "Lantas elok pada petang hari raya untuk kita bacakan ayat Kursi, Al-Fatihah dan Yasin serta berdoa dengan berada di kepala kubur dan sedekahkan kepada mereka yang terlebih dahulu meninggalkan kita,"katanya sambil menambah semoga dengan itu roh mereka tenang berada di alam sana. .:: ♥| حسبنا الله ونعم الوكيل|♥ ::. ヅ The News Shoot ヅ ღ C a h a y a M u j a h i d e e n ღ
Posted on: Tue, 06 Aug 2013 12:39:59 +0000

Trending Topics




© 2015