Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup berkata tindakan meroboh - TopicsExpress



          

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup berkata tindakan meroboh dinding premis itu berdasarkan keputusan mahkamah supaya struktur itu dialihkan, sekaligus menegaskan tidak timbul isu DBKL mahu meroboh kuil berusia lebih 100 tahun. "Notis dah berkali-kali kita keluarkan. Bukan untuk hari (Ahad lalu) sahaja. Dulu kita buat sekali tapi kita tangguh. Tiga empat kali dikeluarkan dan diketahui umum oleh pihak berkenaan. (Jadi) tak ada isu (roboh kuil). "Kita hanya (mahu) merobohkan dinding untuk perniagaan tetapi tempat ibadat itu masih ada di situ. (Ia) tak dialihkan. "Kita nak buat sistem perparitan, sebab itu kena beralih (struktur). Tempat ibadat itu masih ada di situ. Dia berniaga di situ tak bolehlah," katanya. Salleh yang ditemui Malaysiakini selepas merasmikan logo Majlis Promosi Pelancongan Asia (CPTA) di ibu negara pagi ini menjelaskan bahawa notis itu telah diserahkan sejak empat bulan lalu. Oh .. jadi gambar DBKL pecah tempat ibadah tu fitnah ler yer ... dia org photoshop yer ... tapi sebijik cam betul kan
Posted on: Wed, 04 Sep 2013 09:59:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015