| Keutamaan Hari Jumaat & Amalan Sunat - TopicsExpress



          

| Keutamaan Hari Jumaat & Amalan Sunat Berkaitannya| Bismillahirrahmanirrahim Seperti yg kita ketahui,hari JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. Disamping itu Hari Jumaat merupakan hari Kemuliaan Buat Ummat Nabi Muhammad saw. 1)Kita disunatkan unutk memperbanyak selawat di malam dan hari Jumaat Dalam Surah Al-Ahzab ayat 56,Allah ad berfirman, Maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".(Surah Al-Ahzab ayat 56) Sesungguhnya Allah Taala memberi rahmat kepada Nabi Muhammad SAW dan para malaikat memohonkan ampunan untuk Nabi, maka Allah menganjurkan kepada seluruh umat Islam supaya berselawat pula untuk Nabi SAW dan supaya mengucapkan salam dengan penuh penghormatan kepadanya. Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi saw beliau bersabda: “Perbanyaklah selawat kepadaku pada hari dan malam Jumat, kerana barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali maka, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali”. [HR. Al-Baihaqi (3/249) dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 1407] 2)Disunatkan membaca Surah Al-Kahfi. Rasulullah saw bersabda: “Siapa saja yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, niscaya ia diberi suatu sinar antara dua jumaat.” [HR. Hakim & Baihaqi, dari hadits Abu Sa’id as, hadits sahih.] #Jom hidupkan Penghulu Segala Hari #RoadToBiahSolehah
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 05:08:36 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015