Kisah 3 sahabat Tiga orang sahabat membuat keputusan untuk - TopicsExpress



          

Kisah 3 sahabat Tiga orang sahabat membuat keputusan untuk pergi bercuti. Mereka tinggal di sebuah hotel dan bilik mereka kebetulan berada di tingkat ke-60. Peraturan hotel tersebut adalah bahawa lif akan ditutup menjelang tengah malam. Keesokan harinya 3 sahabat tersebut bersiar-siar dibandar dengan menyewa sebuah kereta. Mereka berseronok dan sampai di hotel selepas tengah malam. Oleh kerana lif telah ditutup, mereka tidak ada jalan lain untuk mendapatkan ke bilik mereka kecuali menaiki tangga ke tingkat ke 60. Sahabat pertama berkata: Selama 20 tingkat pertama , saya akan memberitahu jenaka untuk menyenangkan kita memanjat. Kemudian sahabatnya yang kedua boleh menceritakan kisah kebijaksaan untuk 20 tingkat seterusnya . Kemudian, kita akan memanjat 20 tingkat terakhir dengan kisah-kisah sedih. Jadi, mereka bermula dengan jenaka. Dengan ketawa dan kegembiraan, mereka tiba di tingkat 20 . Sahabat kedua pula menceritakan kisah penuh kebijaksanaan. Mereka banyak belajar ketika hendak mencapai tingkat ke-40. Selepas itu tibalah masa untuk menceritakan cerita sedih. Jadi, sahabat ketiga bermula: cerita saya yang pertama yang menyedihkan adalah bahawa saya meninggalkan kunci bilik di dalam kereta . Moral: Cerita ini menyerupai kitaran kehidupan kita. Selama 20 tahun pertama kita menghabiskan masa bergurau senda dan menikmati apa yang ada di luar sana. Sementara 20 selepas itu, kita pergi ke alam pekerjaan, berkahwin, mempunyai anak-anak dan ini adalah masa untuk kita menggunakan pengetahuan dan kebijaksanaan kita. Kemudian , apabila mencapai usia 40 tahun, kita akan lihat rambut mula memutih dan mula menyedari bahawa hidup ini akan berakhir dan kita perlu bersedia untuk akhirat. Malangnya, ramai telah meninggalkan kunci mereka di belakang. Ia adalah lebih baik jika kita bermula di awal-awal lagi dengan mengingati kematian daripada persediaan pada saat-saat terakhir. ~phr
Posted on: Sat, 09 Nov 2013 00:29:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015