~~Kisah Aku, Cina dan Muslim~~ Lokasi : Stesen KTM Bndar Tasik - TopicsExpress



          

~~Kisah Aku, Cina dan Muslim~~ Lokasi : Stesen KTM Bndar Tasik Selatan Ketika sedang membaca notis di papan info KTM... tiba2... Pelajar Foreigner: "Maafkan saya, boleh saya bertanya....??" Me: "Ya, ada ape??" (terkejut dgn prtanyaan tiba2, kurus smgt...) "Saya hendak ke..... (belum smpat dia menghabiskan soalan, tiba2 memandang wajahku dengan penuh makna sebelum mnyambung kembali soalannye)" "ohhhh, awak ni Muslim???" pertanyaannya dgn rasa ingin tahu.... dan terus membri salam kpdaku, sprti mana yg diajar oleh Rasullullah SAW apabila bertemu saudara Muslim yang lain.... "Ya, saya Muslim.... Waalaikumslam...." balasku dengan nada perlahan namun masih dpt didengari.... dan smbung bicaraku "awak hendak ke mana??" andaianku kerana pasti dia hendak bertanya ke destinasi yg hendak dituju kerana kebiasaanya orang asing tidak tahu menahu sesebuah tempat apabila bermusafir di negeri orang, lebih2 lagi di kota 4000 Masjid, bandaraya yg tdk prnah lari dari kesibukkan, KUALA LUMPUR.... "Boleh duduk dahulu....??" sprtinya dia agak letih, mgkin penat kutttt.... " oh, maaf2.... sila2...." smbung bicaranya lagi "alhamdulillah, akhirnya, Allah SWT telah mmbri izin berjumpa dengan saudara seagama, betapa besarnya keagungan Allah SWT!!! ujarnya lagi dengan penuh smgt...... namun tiba2 nadanya semakin perlahan bagaikan takut didengari oleh org lain.... "sbnarnya, harini sy puasa dan saya ni pemalu orgnya"..... aku hanya menganguk tanda faham dan mmbrinya sedikit waktu utk dia mngambil nafas beberapa hela dan meneruskan bicaranya.... "sy sangka awak ini bukan org Islam, skali pandang sprti orang Cina....?!" tiba2 aku tertawa kecil kerana belum pernah org membilangku bahawa rupaku ini ada iras2 orang Cina..... (ok, mase ni mmg bangga kejap.....hahaha gelak sakan dalam hati walaupun muka aku berwarna sawo matang hasil kacukan bangsa Bugis, Jawa, Melayu dan nenekku berdarah kacukan Melayu Cina, tp aku... hurmm x dptpun wajah putih sprti Cina, aq dpt Jawa la kut...) "tapi, selepas sy mengamati wajah anda, nyata sangkaan saya salah...." aku mula fokus kpd apa yg dia hendak disampaikan dan dia mula memperkenalkan dirinya, Muhammad Hafiz berasal dari Kanada kini penuntut Master di UTM, Skudai, Johor, semester berikutnya adalah semester akhir.... cuma aku tidak ingat jurusan yg diambilnya, kerana susah hendak menyebut dan menghafalnya kerana bahasa orang Inggeris.... dan semestinya dia pertama kali menjejaki kakinya ke ibu negara, kota kebanggaan rakyat Malaysia..... smbungnya lagi "yg mmbuatkan sy tahu bahwa anda adalah org Muslim kerana anda mmpunyai janggut!!" ujarnya, sebelum mnyambung lagi..."kerana di sini, sy takut untuk bertanya kerana takut tersalah tegur org lain," kerana baginya orang di Malaysia di sini susah hendak dibezakan yang mana satu Muslim, bukan Muslim, Cina, Melayu dan lain2.... kerana tidak biasa dgn suasana di sini, barangkali.... baginya di negara asal, mudah hendak membezakan Muslim dan bukan Muslim.... kalau lelaki yg berjanggut dan amalan sunnah Rasullullah SAW yg lain, maka dia adalah Muslim... jikalau Muslimah/Perempuan Muslim yg menutup aurat.... tika itu aku memandang orang ramai di sekeliling stesen KTM, nyata pandangan dan bicaranya seolah2 membuatkan aku menerima tamparan hebat yg melayang di pipi dan bagaikan pedang menusuk ke qalbu bertubi2.... lidahku kelu bagaikan bekunya air sprti tasik membeku di musim sejuk..... kepalaku tunduk secara perlahan krana terbit pula rasa maluku melihat pakaian orang2 di sekeliling stesen.. majoritinya org Melayu sudah tentu Islam, slbihnya bangsa2 yg mendiami negara ini.... "tetapi alhamdulillah, mgkin hajat saya dimakbulkan oleh Allah, maka urusan sy akan dipermudahkan..." smbil membritahuku bahawa dia sedang menjalani ibadah puasa, mgkin puasa sunat syawal, sangkaanku..... balasku dgn nada perlahan "alhamdulillah, syukur kpd Allah"... smbungku lagi, "yg sbnarnya awak hendak ke mana dan dari mana...??" "Sebenarnya sy hendak ke Midvalley, cuma ini ialah pertama kali sy ke sini smenjak 2 tahun tinggal di Malaysia, ini pun sbb sy mahu berjumpa dgn sahabat sy di sana, seblum ini, sy berjumpa sahabat saya di Kuala Lumpur, Arif namanya dan Muslim tetapi dia sudah kembali ke kg. halamanya di Pahang...." lalu aku pun membilangnya, hendak ke Midvalley tidak susah, hanya menaiki tren ini di sini dan jaraknya hanya 2 stsn sahaja...apabila mendengar pngumuman di dalam tren, maka sampailah ke destinasi yg hendak dituju....aku pula mahu ke Klang utk melawat sahabatku di sana... tuturku satu persatu dariku....(aku ke sana kerana hanya semasa hari raya baru dpt ku tatap dan bersua dgn mereka)... "oh, saya faham, hurmmmm lambatnya tren ini, panasnya" keluhnya lagi.... "tren ktm ini biasanya skitar setengah jam akan smpai, tidak lama lagi, smpailah"... balasku smbil memerhatikan kalau2 tren ktm sudah berkunjung tiba ke stesen ini.... namun dia membilangku bahawa aku ini mampu berbahasa Inggeris dgn baik skali, dan mudah difahami.... walaupun hakikat yg sbnarnya Inggerisku amat berterabur, kalau dinilai oleh orang lain, usahkan A, B pun jauh sekali.... kemudian dia menyambung bicaranya tentang pengalaman tinggal di negara yang indah ini, pengalaman berkunjung ke negeri bumi Hang Tuah dan negeri Harimau Selatan, suasana masyarakat Islam di sini, masalah yg dihadapi skrang dan lain2 lagi.... dan aku pun melayani bicaranya walaupun aku ini pun bukannya peramah pun, namun sbb kebosanan menunggu tren yg tidak berkunjung tiba lagi.... tidak lama kemudian, terdengar gesekan elektrik di landasan tren ditambah lagi bunyi amaran hon tren menandakan ketibaannya ke stesen... "alhamdulillah, lihat tren ktm telah sampai" ujarku smbil bingkas bangun dari bangku yg kududuk.... "oh, ye, tren telah sampai, sy nk ucapkan terima kasih banyak, smoga Allah SWT membalas jasa anda!!! sambil mengalas beg sandangnya yg berwarna hitam.... lalu sblum perpisahan, aq memberikan salam terakhir sbelum dia menaiki tren KTM.... suasana ketika itu agak bising dan kalut, tidak smpat aku hendak bersalam, dengar penumpang sprti tdk sabar2 hendak naik sprti dunia hendak kiamat, penumpang yg hendak keluar pula sprtinya perlu beralah kpd pumpang yg hendak masuk.... nampaknya terpaksalah aku membri laluan kepada penumpang lain yg hendak masuk terburu2 barangkali trauma takut tren ini akan berlepas atau stsn akan runtuh, selepas itu aku pun mulai naik tren slpas kesemua penumpang yg keluar sudah keluar.... ketika itu aku seakan2 lupe pula dgn sahabat yang baru kukenali, hilang di sebalik kesesakan manusia di tren, namun aku berharap urusan beliau dimudahkan oleh Allah, insya-Allah.... Ya Allah, maafkan hambaMu ini kerana tdk bisa membantu saudara seIslamku tika dia amat memerlukan saat2 ini, aku takut di akhirat kelak, dia akan menuntutku, aku ini insan yg lemah,kerdil lagi hina, hanya dpt mampu berdoa dari secebis mulut dan suara yg dianugerahkan, sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku memohon dan berserah, Amin... pintaku di dlm hati smbil melihat jendela tren ke arah luar.... walau indah skalipun pemandangan di luar, namun masih tidak dapat memadamkan penyesalan yg ada di qalbu ini..... saat itu aku teringatkan nasib orang Islam di Syria, Palestin, Mesir, Rohingnya, dan orang Islam lain2 negara .... dari jauh hanya mampu menadah tangan yg kudus ini meminta dari Ya Rabb, agar diberikan pertolongan dan perlindungan dari rakusnya manusia yg barangkali hilang pedoman dan ajaran Islam atau buta, pekak dan tuli rentetan dibutakan dgn dunia yg hanya smentara, sangkaan mereka dunia ini, yang kuat akan disanjung dan bertakhta, yg lemah akan ditindas dan dihina... namun mereka lupa bahawa yg diatas, raja segala raja memerhati dan menilai mereka spanjang masa... di sane mereka diuji sebegitu, namun disini Allah menguji kita dgn ujian lain, sama ada kita lalai dan alpa dgn keindahan dunia yg smntara atau sedar dri angau dunia ini.... wallallhualam... nmun hati ini merintih dan berdoa supaya Allah mengampunkan dosa umat Muhammad yg bertimbun2, diberikan hidayah dan petunjuk agar mereka kembali tinggal di dalam suasana Iman dan Islam sebagaimana cara kita mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah, dengan cara Sunnah Nabi Muhammad SAW, barulah kejayaan baginya, hanya dengan cara ini sahaja.... wasalam... renungan buat diriku dan yg lain.... **segala perbualan diterjemahkan dari bahasa Inggeri ke bahasa ibunda # fuh, first time mengarang cerita ini, maklumlah saje try2 nk jadi penulis dari bakat2 trpendam.... huhuhu... harap anda semua enjoy ye membaca... sbrang kritikan dan saranan sy terima dgn terbuka... maafnya kalau ada salah silap atau terlebih terkurang... ;)
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 18:39:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015