Kisah Seram Highland Tower . Kisah Seram Tragedi Highland - TopicsExpress



          

Kisah Seram Highland Tower . Kisah Seram Tragedi Highland Tower . Assalamualaikum semue , tujuan aku membuat artikel tentang Highland Tower ini adalah mengingatkan kita tentang malapetaka pertama yang paling teruk berlaku dalam sejarah Malaysia pada masa itu . dan tragedi Highland Tower yang mengorbankan sebanyak 48 nyawa telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengapa ia boleh terjadi . banyak pihak telah mengemukakan pendapat bahawa tanah di bawah bangunan Highland Tower tidak kukuh dan mendap . saliran bawah tanah juga menjadi punca . antara mangsa yang terkorban adalah anak tunggal bekas Timbalan Perdana Menteri dan isterinya . punca kematian adalah traumatic asphyxia akibat tertimbus di bawah bangunan yang runtuh .sebilangan warga Korea juga turut terkorban dalam tragedi ini kerana kematian mengejut . tapi disini aku taknak sentuh fakta dan kronologi peristiwany .kita sume tau yg blok 1 di Highland Tower ni runtuh bukan runtuh macam biase .maksud aku bangunan tu tak runtuh ke bawah . malah dia runtuh menyenget . pelik kan ? aku ade research beberapa website yang mengatakan bangunan tu runtuh ade sebab-sebab yg tertentu . dan sudah tentu sebab-sebab ni bukan datang dari sumber yang masuk akal . semua yang dibicarakan adalah buah mulut orang-orang yg duduk sekitar situ dan mangsa yang terselamat dalam tragedi tuh . ade seorang wanita alim dari Indonesia yg bekerja sebagai orang gaji . tersebut . majikan dia melayu kalau tak salah aku . tapi dia tak duduk dalam Blok 1 . maybe dia duduk dalam Blok 2 atau Blok 3 . semasa beberapa saat Blok 1 jatuh menyembah bumi , dia sempat keluar menjenguk dari tingkap masa bangunan tu runtuh . dan dia terkejut dengan ape yang dia nampak . dia betul2 yakin yang dia nampak 2 orang yang kelihatan alim dan warak dengan lengkap memakai serban serta jubah putih menolak dan mengoncangkan kondo tu dari tingkat bawah . ada cerita juga dia mendengar ayat-ayat suci Al-Quran berkumandang masa Blok 1 tu runtuh . dan di dalam Islam ,its nothing impossible untuk bende2 ni terjadi . ade jugak orang kate yg Highland Tower ni runtuh disebabkan maksiat yang dilakukan di situ . terdapat banyak perempuan-perempuan simpanan VIP yang tggl di situ . tak tau la kan VIP tu sape . bukan satu dua orang . tapi ramai . banyak orang-orang kaya atau VIP yg tinggal di situ . da kata kondominium kan . terdapat juga seorang pengawal keselamatan yang bekerja kt situ . dia kate banyak sangat maksiat yg manusia-manusia dalam kondo tu lakukan . dia hanya mampu lihat je sebab dia cume pengawal keselamatan . orang balik dalam keadaan mabuk , bawa balik pompuan ke umah mereka , dan yg sedihnya , majoriti penduduk di situ adalah Islam .semasa proses menyelamatkn mangsa runtuhan dijalankan , ade satu mayat pompuan ni kaku sujud ke arah kiblat sambil mengunjung Al-Quran . Nauzubillah .aku dapat dengar cerita dari kawan aku lepas aku pegi melawat Highland Tower ni .macam2 la dia cerita . lepas tragedi ni berlaku , ade beberapa orang alim yang pakar dalam hal-hal makhlus ni ade buat satu tali yg diperbuat dari urat daun pisang yg diikat di sekeliling Highland Tower ni .aku tak pasti betul ke tak sebab mase aku pegi tu , tali tu takde . sebab member aku ni dulu ade wawancara penduduk sekitar situ .dan penduduk-penduduk tu kate tali tu takkan boleh nampak dan rase . tali tu dibuat sebab taknak bagi bende-bende yang tak elok kuar dari situ . atau bahasa kasarnye makhluk-makhluk yanh ada kat dalam tu . sebab selama 8 tahun Highland Tower ni terbiar , macam2 kejadian yang orang pegi ke sana alami . dan ini ade cerita yang ade sebilangan anak muda yang buat research untuk mencari hantu kt situ tertangkap gambar yang sepatutnya takde objek yang tak patut takde dalam gambar tuh . #copy paste..
Posted on: Sun, 17 Nov 2013 04:23:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015