Kisah Ustaz K dan Ustaz A... Gua rasa lain macam je dengan nama - TopicsExpress



          

Kisah Ustaz K dan Ustaz A... Gua rasa lain macam je dengan nama tuh tapi cerita ini mempunyai seribu pengertian..Baca sampai habis Okey!.... _____________________________________________________ Suatu malam, dua orang ustaz hebat tanah melayu telah sampai ke satu tempat dinamakan disko. Disko tu kelab malam. Tempat joget-joget. Tempat minum-minum. Tempat raba-raba. Ustaz A: Kita tak boleh berdakwah dalam disko. Ana tak setuju. Ustaz K: Kenapa pula tak setuju? Enta ni. Tempat ginilah kita kena dakwah. Mereka perlukan kita. Ustaz A: Tak jalan. Dulu masa ana muda-muda, ana dah lalui semua zaman remaja liar ni. Tak kena pada tempat ni. Enta percayalah ana. Ustaz K: Hish. Berani kerana benar! Kita jangan takut! Kita berdakwah kerana Allah! Ayuh mari! Ustaz A: Enta sahajalah. Ana tunggu di luar. Apa2 hal miskol ana. Lalu Ustaz K masuk dengan berani ke dalam. Didekatinya seorang demi seorang pemuda dalam tu, menjelaskan ini salah. Bertaubatlah. Kembali ke jalan benar. Ustaz A menunggu di luar. Dah 2 jam. Air kotak dan megi sudah habis 4 bungkus. Ustaz A tak sedap hati. Beliau pun masuk ke dalam. Terkejut katak beliau. Dilihatnya Ustaz K berpeluh-peluh dikelilingi gadis-gadis tiang. Dicurahnya minuman keras ke kepala Ustaz K. Pemuda-pemuda mentertawakannya berdekah-dekah. Ustaz A masuk dan memarahi mereka supaya berhenti berbuat demikian. Menarik Ustaz K keluar dari situ. Ustaz A: Kan ana dah bilang! Ustaz K: Ana ingat mereka akan tergerak hati. Diberikan hidayah. Sedihnya ana. Ustaz A: La tahzan sahabatku. Ustaz K: Mengapa tak boleh dakwah dari dalam?! Kenapa?! Ustaz A: Enta kena faham, orang masuk ke dalam ni, mereka dalam keadaan stress, jiwa kecamuk, iman usah tanya memang entah ke mana. Bila dah teguk arak, hilanglah kewarasannya. Bila dah ditakluk aurat wanita seksi, terbanglah imannya. Enta rasa, berkesankah dakwah pada orang mabuk? Berkesankah dakwah pada orang nafsu sangap tengah kemuncak? Berkesankah dakwah pada orang yang sedang meluap2 keinginannya untuk berzina atau tengah seronok berzina atas katil? Berkesankah dakwah pada orang yang tekanan jiwanya berada di tahap tertinggi? Ustaz K: Tapi...tapi...ana kesian pada mereka. Ana nak mereka kembali ke jalan sirothalmustaqim.. Ustaz A: Bukan begini caranya. Tak perlu masuk ke dalam. Dakwahlah di luar ketika mereka dalam keadaan normal. Kita sampaikan dakwah sampai mereka terasa di lubuk hati. Semuanya di luar. Dakwah dimulakan dengan asas, kita kuatkan akar umbinya. Kita dakwah remaja-remaja dari sekolah lagi. Melentur dari rebung lagi. Kita semai dan kita bajai dengan al-Quran sejak kecil. Begitulah proses dakwah, berperingkat-peringkat. Ustaz K: Ana ingat kita sudah terkenal, orang segan. Orang senang nak ikut. Ustaz A: Populariti dan status tidak menjamin sesuatu dakwah itu berkesan. Kadang-kadang pengemis tepi jalan pun mampu membuatkan seseorang bukan Islam masuk Islam. Hidayah milik Allah. Sampai bila orang nak segan dengan kita? Biarlah mereka itu segan dengan Allah. Malu nak buat dosa dan maksiat lagi. Ustaz K: Maafkan ana tak dengar nasihat enta. Ustaz A: Tak mengapa. Lain kali jangan buat lagi ya. Kita boleh atur strategi kalau nak buat dakwah lapangan. Ustaz K: Jom char kuey tiau.. Ustaz A: Dah tgh malam sgt. Ikut ana, ana boleh gorengkan 4 pinggan untuk enta. Hehe.. Ustaz A dan Ustaz K kemudiannya berbonceng basikal bersama-sama balik ke pondok. Char Kuey Tiau, mu tunggu ustaz datang. cerita oleh: Muhammad Rusydi
Posted on: Sun, 01 Dec 2013 14:12:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015