Koperasi MATRADE Kuala Lumpur Berhad (CoopMATRADE) merupakan - TopicsExpress



          

Koperasi MATRADE Kuala Lumpur Berhad (CoopMATRADE) merupakan sebuah entiti koperasi yang ditubuhkan pada 15 Mei 2006 di bawah Akta Koperasi 1993 dan telah mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM). Ahli-ahlinya terdiri daripada kakitangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan visi untuk menjadi sebuah organisasi yang produktif, berdaya saing dan menguntungkan. CoopMATRADE mempelawa individu warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdinamik untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai: EKSEKUTIF AKAUN & KEWANGAN Tanggungjawab: • Bertanggungjawab dalam menyediakan Full Set of Accounts, laporan bulanan, laporan pengurusan, aliran tunai koperasi, analisi kos dan analisis kewangan yang lain; • Mengurus, memantau, menyediakan Pinjaman Perbankkan Islam; • Memantau akaun pembayaran/penerimaan, kedudukan aliran tunai koperasi serta baki dalam akaun koperasi; • Menyediakan kunci kira-kira dan end closing accounts; • Bekerjasama dengan juruaudit luar dan setiausaha syarikat dari segi audit/cukai dan yang berkaitan; • Pemfailan dan menjaga rekod sulit koperasi dan • Lain-lain tugas (ad hoc) apabila diperlukan. Syarat-syarat: • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Iktisas Perakaunan diiktiraf oleh Kerajaan; • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pinjaman perbankkan Islam, menyediakan laporan akaun sekurang-kurangnya 5 tahun; • Berumur 25 tahun ke atas; • Mahir menggunakan Sistem User Business System (UBS) dan Sistem Perakaunan Accounting Software System; dan • Berpengalaman dalam bidang audit. SYARAT- SYARAT TAMBAHAN: • Mampu menghadapi tekanan kerja; • Komited terhadap tugas dan berfikiran matang; • Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minima; • Berkeupayaan mengendalikan operasi dan perisian asas komputer terutamanya Microsoft Office (Word & Excel); dan • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Calon - calon yang berminat dan berkelayakan boleh mengemukakan permohanan dengan menghantar dokumen-dokumen berikut kepada pihak kami sebelum 30 November 2013. • Surat permohonan rasmi (official application letter) • Keterangan diri (resume/curriculum vitae) • Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran • Salinan sijil-sijil akademik dan surat pengesahan kerja (jika pernah bekerja) • 1 keping gambar terbaru (berukuran passport) Koperasi MATRADE Kuala Lumpur Berhad (CoopMATRADE) Tingkat 4 (West Wing), Menara MATRADE Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta 50480 Kuala Lumpur. Email: [email protected] No. telefon: 03-6203 6274 No. fak: 03-6203 6356 Hanya permohanan yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk proses temuduga
Posted on: Wed, 06 Nov 2013 07:27:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015