Lim Kim Peu Kes pembunuhan Atantulya Saribu (wanita Mongolia) - TopicsExpress



          

Lim Kim Peu Kes pembunuhan Atantulya Saribu (wanita Mongolia) bahawa dua orang disabitkan iaitu Korporal Polis dan Inspektor Polis dituduh serta dihadapkan ke Mahkamah. Bagi pendapat kita Balai Polis hanya ada pistol, rifel, sub-machine gun dan gas pemedih mata. Balai Polis tiada bom tangan dan bom pemusnah yang kuat. Hanya kem tentera sahaja ada bom tangan dan bom pemusnah yang kuat. Dengan mensabitkan dua anggota polis sudah tidak masuk akal kerana polis tiada bom pemusnah yang kuat. Jika mensabitkan seorang tentera berpangkat koperal dan seorang kapten tentera pun tidak masuk akal kerana kem ada Polis Tentera mengawal di semua pintu masuk dan keluar. Ada 2 halangan yang susah untuk tentera mengeluarkan bom pemusnah berkuasa besar iaitu Pegawai Tentera Penjaga Stor Simpanan Bom mesti meluluskan untuk tujuan peperangan dengan arahan kem komandan serta mengeluarkan bom pemusnah kepada anggota tentera berpangkat kapten. Halangan Kedua ialah Polis Tentera akan memeriksa semua kenderaan yang masuk dan keluar. Jika Kapten Tentera bershubahat dengan Pegawai Tentera Penjaga Stor Bom untuk keluarkan bom pemusnah dan Polis Tentera akan periksa semua kenderaan yang keluar dengan ketat untuk mengelakkan kecurian senjata api atau bom untuk tujuan rompakan atau pembunuhan. Polis Tentera tentu tidak membenarkan bom pemusnah keluar dari kem tentera tanpa surat rasmi arahan kem komandan. Saya mengesyaki ada orang berpangkat tinggi di Kementerian Pertahanan yang memberi arahan bom pemusnah berkuasa tinggi dikeluarkan dari kem untuk tujuan pembunuhan wanita Mongolia dengan bom pemusnah. Tanpa arahan pangkat tertinggi Kementerian Pertahanan tentu bom pemusnah tidak boleh keluar dari kem tentera. Dua enjin jet pejuang Malaysia dicuri keluar dan dijual kepada negara Brazil. Bagaimana seorang Sarjan India dari kem Tentera Udara Diraja Malaysia boleh mengangkut keluar 2 enjin jet pejuang dengan lori besar yang dikawal ketat pintu keluar oleh Polis Tentera adalah tidak boleh dipercayai. Polis Tentera akan menahan Sarjan India itu mengangkut enjin jet pejuang tanpa surat rasmi. Kita mengesyaki mesti ada orang berpangkat tinggi di Kementerian Pertahanan yang memberi surat arahan mengangkut keluar 2 enjin jet pejuang yang rosak tidak boleh dibaiki di Malaysia dan hendak diangkut ke luar negara untuk dibaiki. Dengan alasan palsu dalam surat rasmi arahan orang atasan maka 2 enjin jet pejuang boleh melepasi pemeriksaan kastam dan dimasukkan ke kapal untuk diangkut ke Brazil. Polis Tentera dan pegawai kastam pun tidak tahu 2 enjin jet pejuang hendak dijual kepada Brazil. DAP menang 38, Keadilan 30 dan PAS 21 kerusi Parlimen pada PRU 13. DAP bertambah 8 kerusi parlimen bukan kebijaksanaan dan kebolehan Lim Guan Eng. Keadilan dan PAS tiada pertambahan kerusi kerana luar bandar di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia BN curi menukar peti undi di tempat hutan atau perladangan serta undi hantu. Di semua bandar DAP menang kerana BN tidak boleh tukar peti undi dan kurang undi hantu. Pada Pilihan raya Kecil Kuala Besut, saya syorkan tiap-tiap pusat mengundi Pakatan Rakyat mesti mempunyai beberapa puluh orang dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang untuk mengawal undi hantu daripada pendatang asing yang datang mengundi. Selepas pukul 5.00 petang semua peti undi akan dihantar dengan kereta ke pusat mengira undi dan Pakatan Rakyat harus mempunyai dua buah kereta dan tiga buah motosikal untuk mengikut kereta SPR yang angkut semua peti undi ke pusat mengundi untuk mengelakkan curi pertukaran peti undi di perladangan atau hutan. Motosikal dapat mengatasi kesesakan atau halangan terhadap tundaan kereta SPR, Dua buah kereta Pakatan Rakyat yang mengiring boleh memecut laju mengejar kereta SPR yang membawa peti undi. Saya bukan ahli di mana-mana parti politik dan adil untuk kebaikan rakyat dan negara. Sebenarnya pemimpin yang menipu, membohong, salah gunakan kuasa, kroni atau menyeleweng untuk kepentingan diri dan merugikan rakyat serta negara. Pemimpin yang jujur, bertanggungjawab, telus, rajin atau lain-lain lagi adalah untuk kebaikan rakyat dan negara. Pemimpin yang membunuh, merompak hasil negara dan menghalalkan kilang arak terbesar di Malaysia, pusat judi terbesar di Genting Highlands, Kapal Persiaran tempat berjudi Terbesar milik Genting lahir dizaman Mahadir lagi. BERSATU MENJATUHKAN PEMIMPIN DAN KRONI YAG JAHAT DAN PERASUAH.
Posted on: Mon, 15 Jul 2013 00:59:18 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015