MARDI perluas penanaman padi varieti di Johor atasi masalah padi - TopicsExpress



          

MARDI perluas penanaman padi varieti di Johor atasi masalah padi angin MUAR - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan memperluas penanaman padi varieti MR220 CL1 dan MR220 CL2 bagi mengatasi masalah padi angin di negeri ini. Ketua Pengarah MARDI, Saniah Kormin berkata, pelaksanaan penanaman padi jenis itu akan melibatkan kawasan sawah padi seluas 1,528 hektar membabitkan 758 pesawah di negeri ini mulai Mac tahun depan. Katanya, langkah itu berikutan kejayaan projek printis tanaman padi varieti di kawasan tanaman padi di Kesang Tasek, Sungai Mati di sini yang dapat mengatasi masalah tersebut dan sekaligus meningkatkan pengeluaran sehingga tujuh tan metrik sehektar. "Kita beri tumpuan kepada kawasan sawah di Johor kerana 80 peratus kawasan tanaman padi di negeri ini menghadapi serangan padi angin yang mengekang pengeluaran hasil padi sehingga menurun kepada 55 peratus atau 3.2 tan metrik sehektar,” katanya kepada para pemberita di sini hari ini. Beliau berkata demikian selepas menyaksikan kerja-kerja menuai hasil padi varieti berkenaan di kawasan sawah padi Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati, Ledang di sini. kosmo
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 11:29:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015