MB usaha tunai janji kerajaan 15 Julai 2013 * KOMITMEN kerajaan - TopicsExpress



          

MB usaha tunai janji kerajaan 15 Julai 2013 * KOMITMEN kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu pemilikan tanah di negeri ini sedang dilakukan. Malah Menteri Besar, Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin menyatakan, kerajaan negeri di bawah pentadbirannya agresif berusaha mendengar setiap permasalahan penduduk untuk memberi keselesaan kepada rakat seluruhnya. Antara inisiatif utama yang dibuat sebaik diberikan mandat selaku Menteri Besar Johor ke-15, Mohammed Khaled melancarkan Suara Hati Johor bagi membolehkan rakyat negeri ini mengemukakan idea, pendapat serta pandangan mengenai kemahuan serta kehendak mereka. Ia turut merangkumi kekangan pemilikan rumah mampu milik buat rakyat di negeri ini termasuk isu pemberian tanah. Justeru katanya, permohonan hak milik tanah di kampung-kampung menjadi keutamaan untuk diselesaikan secara berperingkat. Antara perlaksanaan yang diambil, kerajaan negeri melalui syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sedang mengumpul dana sebanyak RM23 juta bagi pengambilan balik tanah seluas 14 hektar di kawasan Senibong daripada syarikat Tebrau Teguh Berhad. “Kerajaan memang sedang menyelesaikan permohonan yang dikemukakan penduduk kampung di kawasan tersebut. "Kita sedang mengumpul dana sebanyak RM23 juta untuk ambil balik tanah bagi menyempurnakan janji kerajaan kepada penduduk,” katanya. S.H
Posted on: Mon, 15 Jul 2013 11:32:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015