MENGAPA ISLAM? | siri 10 Oleh; Dr. Yusof Al-Qaradhawi Terjemahan: - TopicsExpress



          

MENGAPA ISLAM? | siri 10 Oleh; Dr. Yusof Al-Qaradhawi Terjemahan: Ustaz Abdul Karim Sidek ----------------------------------------------- Semua kejahatan yang tersebar dan merosakkan kehidupan itu adalah berpunca dari jahiliyyah. Kemudian datanglah Islam, membawa sesuatu yang baharu kepada umat ini, Islam menghimpunkan yang berpecah, menghidupkan (hati) yang mati, mengajarkan yang jahil, menunjuki yang sesat, menguatkan yang lemah, mengajarkan hidup bersistem setelah kucar kacir, cara hidup bersih setelah bergelumang maksiat, istiqamah sesudah menyeleweng dan tauhid setelah wathaniyyah (keberhalaan). Mereka belajar ilmu pengetahuan sedang sebelumnya mereka adalah umat buta huruf yang tidak tahu menulis dan membaca. Jumlah orang Arab yang tahu menulis dan membaca pada ketika itu boleh dihitung dengan jari. Selepas peperangan Badar, Nabi saw telah menjadikan bayaran tebusan bagi tawanan perang ialah dengan mengajar sepuluh orang anak orang-orang Islam menulis. Ayat Al-Qur’an pertama yang diturunkan ialah IQRA’, manakala surah yang kedua ialah pula ialah ialah Al-Qalam: ن . والقلم وما يسطرون ALLAH bersumpah dengan pena untuk mengajak umat supaya berlajar, merubah umat dari kejahilan kepada ilmu, ilmu agama dan ilmu dunia. Mengajak supaya menyebarkan ilmu dan membangunkan tamadun yang menghimpun antara ilmu dan agama, sedangkan umat lain saling bertarung antara ilmu dengan agama. Pertarungan yang memakan masa yang cukup panjang berlaku dalam agama masehi dan lain-lain agama, iaitu pertarungan di antara agama disatu pihak dengan ilmu di satu pihak yang lain pula. Mahkamah Inquisisi (Inquisition Council) ditubuhkan untuk menyiasat dan menjatuhkan hukum bunuh ke atas ahli ilmuan dan membakar mayatnya setelah mati serta membakar buku-buku tulisan mereka. Sesiapa yang berani membawa teori-teori baru atau rekaan-rekaan baru, bukan saja tidak akan diterima, bahkan mereka pula yang terpaksa menanggung akibatnya!. Islam tidak pernah mengalami sejarah seumpama ini kerana agama di sisi kita adalah ilmu, ilmu adalah agama. Tamadun Islam dikenali sebagai tamadun ilmiah imaniyyah secara serentak, buku-buku yang ditulis oleh orang Islam menjadi rujukan ilmiah di universiti-universiti di Eropah dan dan di lain-lain negara. Contohnya buku (القانون في الطب) oleh Ibnu Sina, (الحاوي في الطب) oleh Ar-Razi, atau buku atau buku (التصريف لمن عجز عن التأليف) oleh Abi Al-Qasim Az-Zahrawi, dan juga buku (الكليات) oleh Ibn Rushd. Buku-buku yang bernilai ini menjadi rujukan ilmiah seluruh dunia. Demikian juga dalam bidang ilmu falak, (astronomi), matematik dan aljibra, diusahakan oleh Al-Khawarizmi. Beliau menciptanya untuk untuk menyelesaikan masalah dalam ilmu mirath dan wasiat. Seiring dengan itu disebarkan bersama-samanya risalah wasiat. Demikianlah ilmu dalam tamadun Islam. Orang Islamlah yang meletakkan asas dalam ilmu eksperimen (uji kaji) yang mana pada masa kini dikaitkan dengan Francis Bacon, sedangkan hakikatnya umat Islamlah yang mencipta methodologinya. Ini diakui sendiri oleh ahli sejarah ilmu: George Saturn di dalam bukunya ( The History of Knowledge ), Gustav Lobon dalam bukunya (The Struggle Between Knowledge And Religion ) dan Brifolt dalam bukunya ( The Making Of Humanity ). Mereka semua mengiktiraf bahawa method eksperimen adalah di ambil dari tamadun Islam. Francis Bacon dan Roger Bacon hanyalah dua orang utusan tamadun Islam ke Eropah. Bahasa Arab adalah merupakan satu-satunya bahasa pengantar sebagai bahasa ilmiah yang universal digunakan pada ketika itu. bersambung, insyaallah.
Posted on: Wed, 25 Sep 2013 22:46:20 +0000

Trending Topics




© 2015