MENGAPA MALU DENGAN APA YANG KITA ADA? IKUTILAH KISAH - TopicsExpress



          

MENGAPA MALU DENGAN APA YANG KITA ADA? IKUTILAH KISAH INI.. "Sebagai Perdana Menteri, saya diberikan kereta limousine jenis Daimler yang sangat besar untuk kereta rasmi. Bagaimanapun, apabila Proton mengeluarkan model Perdana, saya mulai menggunakannya. Saya juga meminta semua Menteri menggunakan kereta yang sama, tetapi ramai pegawai kanan Kerajaan berasa mereka sepatutnya menggunakan Mercedes. Saya pun tak paksa mereka tukar. Jadi di Malaysia, sewaktu pentadbiran saya, Menteri guna kereta yang lebih murah daripada pegawai tinggi kerajaan. Saya rasa ini masih diamalkan, malah oleh Perdana Menteri sendiri. Sewaktu saya jadi tetamu kehormat Presiden Jacques Chirac di Perbarisan Hari Kebangsaan Perancis, saya diberi sebuah kereta Renault kecil kerana mereka tidak mengeluarkan kereta besar di Perancis. Sudah tentulah kerajaan Perancis boleh beri Mercedes atau Cadillac kepada saya, tetapi mereka beri kereta buatan mereka sendiri. Bahkan Presiden Chirac sendiri datang dengan menaiki kereta Renault. Ada pengajaran bagi kita dan semua orang - tidak kira apa saiznya, kita mesti berbangga dengan apa yang kita ada." (DOKTOR UMUM - MEMOIR TUN DR MAHATHIR MOHAMAD. M/S : 420)
Posted on: Mon, 02 Sep 2013 04:29:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015