MOHON PENCERAHAN! Isu pemberian daging korban sebagai upah yang - TopicsExpress



          

MOHON PENCERAHAN! Isu pemberian daging korban sebagai upah yang semakin hangat dibincangkan di internet, turut mendapat perhatian tokoh agama yang menegaskan hukumnya haram. Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, berkata daging berkenaan tidak boleh diberikan sebagai upah kepada sukarelawan termasuk tukang sembelih dan tukang lapah pada majlis korban yang banyak diadakan sempena Aidiladha. Katanya, jika daging korban dijadikan upah, ia termasuk dalam entiti perniagaan kerana makanan itu menggantikan nilai wang. “Duit (upah) diganti dengan daging, umpama daging itu galang ganti wang. Daging korban tidak boleh dijual beli... hukumnya haram. Jika tetap mahu beri upah, ia perlu dalam bentuk wang atau selain daging korban,” katanya. Isu ini diperbentangkan hanya sekadar mengingati mereka-mereka yang terlibat didalam proses menyembelih dan melapah daging korban. Janganlah diambil mudah dengan perkara sebegini, ikutlah lunas-lunas yang ditetapkan.
Posted on: Tue, 15 Oct 2013 06:46:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015