MPSJ gempur perniagaan besi buruk, bendung kecurian mpsj 03Oleh : - TopicsExpress



          

MPSJ gempur perniagaan besi buruk, bendung kecurian mpsj 03Oleh : Nazli Ibrahim SUBANG JAYA 4 DIS : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjalankan operasi bersepadu perniagaan barangan lusuh haram bagi tujuan membendung jenayah kecurian khususnya membabitkan harta benda awam. Operasi bersepadu yang diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasaan MPSJ, Mazrul mpsj 04Zahar Mohamad itu dijalankan apabila MPSJ dan polis memperoleh maklumat terdapat kegiatan menjual barangan curi di perniagaan barangan lupus sekitar Subang Jaya. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (B) Mohd Raship Rasul, berkata operasi yang membabitkan 53 anggota penguatkuasa dan polis dari Balai Putra Height itu dijalankan ke atas empat perniagaan barangan lusuh yang beroperasi tanpa lesen di sekitar Bukit Lancung di sini, semalam. “Kita mengadakan operasi di empat buah pusat menjual barangan lusuh kerana kita percaya pusat jualan ini adalah antara penyumbang kepada peningkatan indeks jenayah dengan kejadian mencuri harta benda awam dan persendirian yang boleh dijual sebagai besi buruk. mpsj 02“Selain itu, kita juga menerima aduan awam berkenaan kewujudan perniagaan besi buruk tanpa lesen ini berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, berisiko tinggi terbakar dan menimbulkan gangguan terhadap keselesaan penduduk setempat,” katanya di sini, hari ini. Katanya, MPSJ juga mengambil tindakan menutup empat premis terbabit, selain dikenakan denda RM1,000 dan barangan berharga seperti mesin penimbang, tong gas memasak dan tong gas bertekanan tinggi disita. mpsj 01Tindakan terbabit diambil di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian iaitu menjalankan perniagaan tanpa lesen dari MPSJ. “Sebelum ini, perniagaan barangan lusuh terbabit juga pernah dikenakan empat notis dan kompaun. Jumlah ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan kepada peniaga besi buruk di seluruh kawasan Subang Jaya untuk tahun ini sebanyak 255. “MPSJ hanya mengeluarkan lesen perniagaan barangan lusuh selepas pihak pemohon memenuhi syarat yang ditetapkan dalam peruntukkan undang-undang kecil,” katanya. -NFN-
Posted on: Wed, 04 Dec 2013 17:29:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015