MUKTAMAR PAS: HARAKATUL UMMAH INI TAK MAMPU DIPECAHKAN. - TopicsExpress



          

MUKTAMAR PAS: HARAKATUL UMMAH INI TAK MAMPU DIPECAHKAN. Oleh:Dr. Riduan mohamad nor. Muktamar PAS kali ke 59 melabuhkan tirainya dengan bergaya dengan puluhan ribu ahli-ahli PAS memadati stadium Melawati selama tiga hari. Muktamar dengan euphoria pemilihan ini telah memancing minat yang besar masyarakat dan pendokong PAS untuk mengikuti dari jauh dan dekat perjalanan majlis gala PAS ini. Bermula dengan ucapan dasar Presiden pada hari pertama yang meletakkan unjuran setahun halatuju bahtera besar ini. Hari pertama juga menyaksikan perwakilan memilih Timbalan Presiden dan Naib Presiden . Pada hari kedua muktamar bermula seawal pagi dengan para perwakilan bersiap memilih 18 Ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat. Agenda memilih pemimpin kali ini terasa begitu sulit kerana 61 orang calon yang mempunyai kompetensi yang baik dan mampu menyumbang untuk pemberdayaan jamaah tercinta ini. Media massa dan juga fenomena media baru turut menyimbah rasa menggebu untuk memastikan saff pimpinan adalah tembok batu paling teguh untuk mengasak regim tirani negara ini. Pada hari kedua juga para perwakilan membahaskan ucapan dasar Presiden dan ternyata dengan kelompok kelas menengah yang membesar dalam PAS maka pembahas semakin baik berbanding puluhan tahun yang lepas.Kepelbagaian latar belakang pendidikan pendokong PAS adalah aset besar bahtera jamaah ini . Pada sebelah petangnya perbahasan usul yang semakin hangat,tingkah meningkah namun masih dalam adab yang tinggi. Petang kedua juga Semakin mendebarkan apabila pengumuman jawatankuasa kerja PAS Pusat. Ustaz Idris Ahmad bekas pensyarah UITM telah mencuat ditempat pertama. Mantan Presiden PMUKM ini adalah juara Pidato Perdana Menteri semasa menjadi anak remaja di Kolej IsIam Kelang dalam fekad 1980an. Anakanda kepada tuan guru Ahmad Petai ini kini adalah MP Bukit Gantang dan akan menjadi pimpinan masa depan PAS .Mazlan Aliman tokoh masyarakat tani dan rakyat jembel yang sangat cemerlang gerakerjanya mendapat tempat ketiga.Mazlan berpuluh kali mendekam di lokap polis semasa menjadi sesepuh utama pemuda PAS. Anak johor yang merupakan kubu UMNO ini juga sangat cemerlang dalam perjuangan masyarakat FELDA. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh mantan Menteri Besar Perak, Ir Nizar Jamaluddin. Pemilihan kali ini juga menyaksikan muka-muka baru yang dipilih oleh perwakilan bagi melengkapkan keseimbangan barisan kepimpinan. Antaranya Ustaz Nasrudin tantawi, MP Temerloh yang juga baru berdata sebagai ketua Dewan Pemuda Pas Pusat.Ustaz Nik Mohamad Abduh, MP Pasir Mas yang juga mantan Timbalan Ketua DPPPM. Turut menang daripada pesara DPPM ialah Riduan mohamad nor, mantan ketua Penerangan DPPPM sesi lepas. Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh, pelajar doktoral Pengajian Islam yang juga Setiausaha Majlis syura ulama turut membarisi kepimpinan sesi baru ini. Muktamar Pas kali ini juga menyaksikan sedikit kekecohan dengan aksi kumpulan metal sebelum muktamar penuh bermula. Pengerusi lujnah seni, Dr Muhaimin Sulam telah menjelas dengan panjang lebar justifikasi kekecohan itu pada hari terakhir muktamar. Ternyata muktamar pada kali ini menutup mulut pesaing PAS seolah gerakan Islam ini tidak mampu menguruskan perbedaan pandangan dan juga dikotomi ulama professional yang muncul setiap kali muktamar. Pimpinan akar umbi Pas yang juga perwakilan telah membuktikan bahawa mereka mempunyai piawaian tersendiri untuk memilih barisan kepimpinan yang tidak perlu mengikut gendang yang dipalu oleh seteru mereka untuk memilih kepimpinan parti. Dengan usia menjangkau 63 tahun , PAS telah meracik segunung pengalaman berdada dengan hamparan mehnah. Harakatul ummah ini telah mengalami tajribah politik yang sangat lumayan,bahkan turut dikongsi pengalamannya oleh gerakan Islam dunia yang lain seperti Ikhwan muslimin, ,Jamiat Islami serta pelbagai gerakan Islam yang lain. PAS membawakan temanya rahmat untuk semua ,pasti akan lebih ranggi memancing sokongan dan dokongan pelbagai jalur masyarakat negara ini. Teringat saya.ulasan Joceline Tan seorang wartawan dan juga penganalisa politik Malaysia bahawa PAS terutama Dewan Pemudanya dibarisi kepimpinan yang rapi pendidikannya dan ini pasti menyukarkan UMNO untuk tidur lena usai muktamar ke 59 ini. Untuk ahli-ahli PAS dan penyokong gerakan Islam ini teruskan menanam baja untuk menyuburkan medan siasah bernuanda Islam ini, suburkan pendakwahan dengan lebih merata ke setiap medan operasi massa, merendangkan pohon amal tarbawi yang akan mengikat ukhuwwah serta mempersiapkan fikrah ahli semoga terus bertajarrud dengan fikrah Islam tulen. Insyaallah, kita akan merengkuh Putrajaya dengan bergaya dalam PRU ke 14 nanti.nothing else matters ungkap anak-anak muda ranggi, tiada yang mustahil jika tekad kita seteguh karang di lautan. Dr Riduan Mohamad Nor.
Posted on: Sun, 24 Nov 2013 04:45:40 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015