Malam semalam, saya dan Dr Shukri Abdullah sempat meluangkan masa - TopicsExpress



          

Malam semalam, saya dan Dr Shukri Abdullah sempat meluangkan masa mengatur satu temujanji di Hotel Seri Malaysia Kulim. Beliau seorang Mentor & Pakar Motivasi Terkenal Malaysia. Kalau anda perasan, beliau selalu muncul di kaca TV berbicara mengenai tips dan motivasi kecemerlangan. Pertemuan selama 2 jam tersebut kami berkongsi mengenai strategi pemasaran online dan facebook marketing bagi menjayakan satu program motivasi yang bakal dianjurkan beliau tak lama lagi. Satu program yang amat bagus untuk ibubapa dan kecemerlangan anak-anak dalam pembelajaran. Ternyata beliau seorang yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa saja. Tak sangka pula, suatu masa dulu saya selalu mengikuti rogram dan rancangan beliau di tv, kini akhirnya dapat bertemu dan duduk semeja berbual dengan beliau. :) p/s - Terima kasih juga pada Dr Shukri kerana menghadiahkan sebuah buku bertajuk "Inspirasi Hudhud" setebal 332 halaman tersebut.
Posted on: Wed, 02 Oct 2013 02:53:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015