Mari bersama mengambil ibrah: Pembentukan Negara Haram Yahudi - TopicsExpress



          

Mari bersama mengambil ibrah: Pembentukan Negara Haram Yahudi pada 15 Mei 1948 di bumi Palestin telah mengundang malapetaka besar dan dunia menyaksikan kekejaman Rejim Zionis melalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanah airnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibu bapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan dicabuli. Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi suatu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan.
Posted on: Wed, 16 Oct 2013 15:39:04 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015