Mari kita mulakan hari Jumaat yang mulia ini dengan mensyukuri - TopicsExpress



          

Mari kita mulakan hari Jumaat yang mulia ini dengan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan. Nikmat Allah beri, pelbagai rupa dan cara, tak semestinya benda yang boleh kita sentuh. Umpamanya jiran yang baik hati. Saya terkenang jiran saya berbangsa Arab Sudan yang menjaga ibunya yang uzur. Sewaktu saya dan keluarga berbuka puasa di rumahnya di bulan Ramadhan dulu, baru saya tahu, jiran saya ini rupa-rupanya tidak akan mula makan selagi dia belum melayani ibunya makan terlebih dahulu :) Bukan itu saja. Seketika dulu, waktu anak saya A baru dapat lesen memandu, dia terlanggar kereta jiran saya ni di depan rumah. Selepas diberitahu, jiran saya ni cuma kata pada suami saya, "Kalau yang melanggar tu anak kamu, samalah seperti anak saya, N. Tak payahlah bayar apa-apa." Dia langsung tak bergegas keluar, tengok keretanya yang kemek tu. Subhanallah ... Beberapa hari lalu, saya dan suami terima SMS dari jiran ini yang sekarang berada di Dubai. Bunyinya begini: "Anak kamu, N, nak melangsungkan pernikahannya pada [tarikh] di [lokasi]. Jemput datang ya!" Inilah antara akhlak yang perlu kita contohi. Salam Jumaat untuk semua :) Ahmad Fakhri Ahmad Saifuddin Nazirah Mohd Khairi Alia Nadhirah Safi Fakhri Syarif Fakhri Siraj Fakhri Ahmad Salahuddin Alisha Bajerai
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 01:58:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015