Medan Perjuangan PAS Keluarga saya memiliki bermacam sejarah - TopicsExpress



          

Medan Perjuangan PAS Keluarga saya memiliki bermacam sejarah pergerakan Islam.Ada yang menyertai Al-Arqam,ada yang aktif dalam ABIM,ada pula yang menyertai Tabligh dan Kumpulan Serban Hijau (mungkin ada nama lain) dan PAS. Saya tahu ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah tentang isu Kalimah Allah.Namun sebagai pemerhati,saya bersyukur kerana Dewan Ulama Pas bersepakat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu ini.Perpaduan umat Islam akan menguntungkan majoriti umat Melayu. Perpaduan para ulama membawa berkat.Akhirnya cita-cita pihak Kristian tidak kesampaian.Untuk pengetahuan anda semua,isu ini hanya bermain di sekitar Malaysia dan Indonesia sebab propaganda Kristianisasi.Orang Kristian di Eropah dan Amerika serta pihak Vatikan sekalipun tidak berminat menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka.Teknik yang digunakan ialah teknik Camel Bridge iaitu mewujudkan seolah-olah ada persamaan di antara kedua agama,kemudian membandingkannya untuk membuktikan prioriti ke atas persamaan itu.Contohnya,Allah Kristian lebih baik dan kaya dari Allah orang Islam. Saya sudah nyatakan bahawa,tunjang kepada kekuatan Umat Melayu ialah agama Islam.Percubaan orang Kristian sungguh baik tapi akhirnya tidak mencapai matlamat.Hasilnya,ulama-ulama kerajaan dan pembangkang terbukti masih menjaga maruah agama dan keselamatan umat Islam khasnya umat Melayu.Kesan kedua,orang ramai akan mula membaca tentang Islam.Ini collateral damage jangka panjang yang akan dihadapi pihak Kristian. Saya harap orang Tabligh segera menghantar jemaah-jemaah mereka lebih banyak di Sabah dan Sarawak. Jika orang PAS segan nak berdakwah macam orang Tabligh,saya syorkan fokus pada medan perjuangan anda:UMNO. Sebabnya,target orang Tabligh satu dunia.Tapi target PAS lebih mudah iaitu mentarbiah saudara-saudara kita dari UMNO sebab berada pada lapangan yang sama iaitu:politik. Perlu diingat,keharmonian umat Islam di Malaysia khasnya umat Melayu,adalah membawa rahmat kepada bumi ini.Kedudukan seorang muslim lebih tinggi dari orang kafir.Sayangilah saudara muslim kita dan tunjukkan akhlak yang baik kepada si kafir di samping bersikap tegas kepada mereka. ~Srikandi Pengetua The Historian SS 2 November 2013, Padang Balang
Posted on: Sat, 02 Nov 2013 03:54:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015