Melayani pelanggan-pelanggan di restoran saya sentiasa menjadi - TopicsExpress



          

Melayani pelanggan-pelanggan di restoran saya sentiasa menjadi perkara yang hebat kepada saya. Mereka itu pelbagai watak, sentiasa mewarnakan hari saya. Ada pelanggan yang datang berkereta mewah, berkilat, besar… parking sahaja sudah terasa aura ‘wow, dengan kelasnya yang tersendiri’, kemudian mereka keluar dari kereta, berjalan perlahan, duduk, melihat buku order, memesan makanan yang paling mahal.. Kemudian masing-masing mula melihat gadjet mereka yang pelbagai. Asyiklah mereka dengan gadjet tersebut sehinggalah habis makan. Tiada komunikasi, kaku, tiada rasa, tiada aura yang dapat meleretkan sebuah senyuman. Kekadang saya memerhati si anak jangankan berbicara, memandang ayah dan ibu yang semeja itupun tidak. Ayah dan ibu juga tidak kisah, seolah yang dimeja makan itu tidak wujud, mereka sibuk berbicara dengan orang lain yang tidak berada didepan mata… sibuk bersembang di telefon. Aneh, manusia kini lebih tertarik bercakap-cakap dengan orang yang jauh beribu batu dari bercakap dengan orang yang memang ada didepan mata. Di masa yang lain, ada ayah dan ibu yang datang dengan anak-anak menaiki kereta ‘biasa-biasa’ yang tiada aura ‘wow’ itu. Dari pakaian mereka, boleh ditelah mereka memang orang ‘biasa-biasa’ sahaja. Tetapi, turun dari kereta mereka sudah membuat saya tersenyum meleret. Sebelum sampai ke meja makan masing-masing sudah usik mengusik, ketawa dan teruja memilih meja. Kemudian sewaktu melihat buku order, mereka menenungnya dalam-dalam, berkerut kerut dahi memilih. Si bapa beria-ia menyuruh memesan chicken chop, si ibu memandang si bapa dengan mata bulat, anak-anak pula terkulat-kulat menelan air liur. Aduhai, barangkali mereka memang teringin, tetapi rasa bersalah untuk memesan takut mahal dan menyusahkan ayah untuk membayar. “Nasi goreng kampung sajalah ayah”, anak sulong bersuara. “Tidak, order lah chicken chop, ayah ada duit… hari ini ayah belanja”, ayahnya pula bersuara sambil tersenyum lebar. Lalu, masing-masing berebut memilih chicken chop yang pelbagai, seronok mereka memesan , “ Saya nak chicken chop happy owl” “ Saya chicken chop Mongolia” “Emmm… saya nak chicken chop tempura “ … begitulah, tujuh orang, tujuh jenis chicken chop yang berlainan. Semasa menunggu makanan, hingga makanan terhidang, hingga selesai makan, meja mereka riuh rendah dengan ketawa dan pelbagai cerita. Tidak seorang pun peduli dengan handphone atau apa juga gadjet yang mereka ada. Bangun dari kerusi, masing-masing berterima kasih kepada si ayah. Lalu, saya lihat kepuasan yang tidak terbanding di wajah si ayah. Saya berfikir-fikir, sebenarnya benarkah wang boleh membuat kita menjadi orang yang lebih bahagia? Atau sebaliknya? Adakah tanpa wang kita tidak disayangi? Atau adakah wang menjadikan kita orang yang lebih disayangi? Atau sebenarnya wang tidak ada kaitan dalam hal-hal mencari bahagia dan hal sayang menyayang? Ia hanya alat… benar-benar hanya alat, alat untuk digunakan dengan bijaksana bagi kita mencari bahagia di sana… Allah ya Allah, selamatkan kami dari api nerakaMu . jom LIKE Wonderful Cheese Powder
Posted on: Sun, 01 Dec 2013 19:20:00 +0000

Trending Topics



="stbody" style="min-height:30px;">
...whats really alive for us is to anchor ourselves in the the
ANTEPROJETO DE LEI 2013 SANTA HELENA,06 DE SETEMBRO DE 2013
The cow is the most respected and worshipped animal in India.

Recently Viewed Topics




© 2015