Mesir adalah negara yang paling penting bagi US. Bukan Mesir yang - TopicsExpress



          

Mesir adalah negara yang paling penting bagi US. Bukan Mesir yang penting tetapi kawalan ke atas Mesir itu yang penting. Untuk apa, sekali lagi untuk keselamatan Israel. Inilah yang telah dicapai dalam perjanjian Camp David pada tahun 1978 yang di broker oleh US. untuk menamatkan konflik di antara Mesir dan Israel (yang sebenarnya untuk menyelamatkan Israel dari musnah dalam perang Oktober 1973 (Sittah Oktober yang ulang tahunnya di sambut baru-baru ini). Dengan termetrainya perjanjian Camp David, bukan sahaja ancaman paling berpotensi ke atas Israel iaitu Mesir dapat di neutralize bahkan Mesir mengiktiraf kewujudan Israel melalui satu perjanjian damai. Imbuhan yang diperolehi oleh Mesir cukup lumayan iaitu sekitar USD1.3 billion setahun (meskipun jumlah yang sebenar mungkin jauh lebih besar) dan hampir sebahagian sebesar dari aid atau bantuan itu adalah untuk peruntukan ketenteraan. Apabila Arab Spring melanda Mesir, US menjadu sedikit goyah kerana prospek hubungan damai di antara Mesir dan israel tergugat. Hosni Mubarak tidak penting dalam percaturan politik US-Mesir-israel. Hosni Mubarak adalah bidak di papan catuk politik timur tengah. Ia bolih dibunuh dan diganti dengan watak yang lain. Oleh kerana kemarahan rakyat Mesir sudah sampai ke kemuncaknya maka Hosni Mubarak di turunkan. Hosni Mubarak melepaskan jabatannya atas signal yang jelas dari US. Cukup bagi US mengekalkan cengkaman ke atas tentera Mesir yang selama ini dibayar oleh US bagi menjayakan agenda US menjadi perisai kepada Israel (Presiden Obama berikrar we will give iron clad protection to Israel). Melalui SCAF (Supreme Council Armed Forces Egypt), US cuba mempengaruhi hala tuju perubahan yang dikehendaki oleh rakyat Mesir. Dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat US mengharapkan kepentingan dan agendanya tidak terjejas. Tetapi sebagaimana yang dibimbangi, unsur-unsur Islam terutama yang dipelopori oleh MB (Muslim Brotherhood-Ikhwan Muslimin) begitu kuat mempengaruhi keputusan-keputusan politik apabila sistem demokrasi dilaksanakan. Dalam PRU untuk memilih wakil-wakil parlimen, ternyata IM menyapu separuh dari 400 lebih kerusi yang dipertandingkan. Itu tidak termasuk parti-parti cenderung islam seperti parti politik yang mewakili kecenderungan Salafi (parti Nur). Pelbagai alasan digunakan untuk membubarkan parlimen yang dipilih melalui proses demokrasi. Akhirnya apabila dibuat Pilihanraya Presiden, calun dari IM juga (FJP) yang menang dalam pusingan pertama dan kedua melayakkan beliau untuk menjadi Presiden pertama dari kalangan orang awam buat julung kalinya dalam sejarah peradaban Mesir. Sudah tentu realiti ini satu mimpi ngeri kepada US dan anak gampangnya Israel. Pelbagai tipu daya dan sabotaj yang dilakukan untuk menjatuhkan Mursi dilakukan oleh tentera. John Kerry (Secretary of States) mempunyai saham yang cukup jelas menyokong kerja-kerja jahat yang dimainkan oleh Gen Fatah as Sisi untuk membentuk golongan tamarrod yang menggulingkan Mursi. John Kerry dengan jelas mengatakan The military was asked to intervene by millions and millions of people. The military did not take over. The military was just restoring democracy. (padanlah akhbar Utusan Malaysia mengeluarkan satu berita tentang penggulingan Mursi yang bertajuk Menjatuhkan Morsi juga satu demokrasi. Sehingga hari ini kerajaan US tidak merujuk kepada penggulingan Mursi oleh tentera sebagai military coup atau kudeta. Namun sebagaimana bahasa yang digunakan oleh Israel setiap kali menyerang Gaza iaitu Israel was asked to exercise restrait, begitu jugalah Fatah as Sisi dinasihatkan untuk show restraint apabila tentera membunuh rakyat Mesir secara biadap dan sewenang-wenangnya. Ternyata rakyat Mesir tidak dapat ditundukkan. Meski semua pimpinan utama IM di penjarakan, assetnya dibekukan, IM diharamkan, perentah darurat dikuat kuasa, rakyat Mesir masih lagi keluar membuat bantahan aman dan melaksanakan civli protest sehingga hampir melumpuhkan ekonomi Mesir. Keadaan begitu buruk apabila rakyat Mesir mengambil langkah tidak mahu membayar bil elektrik secara kolektif. Kerajaan kudeta terpaksa merayu rakyat Mesir supaya menjelaskan bayaran bil untuk membayar gaji kaki tangan kerajaan. Nada US kepada kerajaan kudeta kini sudah mula berubah. Nadanya sudah mula berbentuk ugutan. The US government is considering cutting/suspending aid to Egypt. The sale of 4 F-16 to Egypt is temporarily shelved but insist that it is only a symbolic move. General As Sisi begitu marah sehingga membuat satu kenyataan dalam temubual the US is turning her back on us. We have done our patriotic duty to the people of Egypt. General Fatah as Sisi the US have left the Egyptian people yang disebut oleh as Sisi sebagai a free people who rebelled against an unjust political rule Apakah US akan meninggalkan as Sissi. Buat masa ini tidak lagi. Ugutan-ugutan dan tempelakan as Sissi bolih digambarkan sebagai anak kecil yang merengek tak dapat mainan kemudian diugut oleh ibunya sambil mengusap kepala anak yang berguling-guling di tanah. Tetapi jangan terkejut kalau US mengambil langkah drastik terutama apabial Sissi dilihat sebagai liabiliti dan bukan lagi bidak yang bolih diharapkan untuk beraksi di papan catur US. Apabila suara rakyat dilihat lebih keramat maka its time for a new game plan dan as Sissi will be chuked out just like the other despots that has been removed. Apakah ini satu harapan untuk Morsi dikembalikan dan demokrasi sekali lagi dihidupkan di Mesir. Masa akan menentukan. Namun US akan terus mengikuti perkembangan dan bersiap untuk mengorbankan sesiapa sahaja, as Sissi tidak terkecuali kerana entiti yang hendak dipertahankan ialah Israel dan kepentingan US di negara umat Islam yang paling penting di dunia iaitu Mesir. [ Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor ]
Posted on: Sun, 13 Oct 2013 08:48:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015