Mesir buka semula sempadan Rafah GAZA 25 Ogos - Kerajaan - TopicsExpress



          

Mesir buka semula sempadan Rafah GAZA 25 Ogos - Kerajaan sementara Mesir semalam membuka semula sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza selepas laluan itu ditutup selama empat hari. Keputusan tersebut sekali gus membolehkan beribu-ribu orang yang terkandas untuk masuk atau keluar dari wilayah Palestin yang dikuasai pergerakan Hamas berkenaan. Sebelum ini, beribu-ribu rakyat Palestin, termasuk pelajar dan pesakit yang menunggu rawatan, tidak dapat meneruskan perjalanan ke Mesir selepas Kaherah menutup laluan sempadan Rafah dan turut menyebabkan beratus-ratus orang tidak dapat memasuki wilayah berkenaan. - REUTERS Artikel Penuh: utusan.my/utusan/Luar_Negara/20130825/lu_07/Mesir-buka-semula-sempadan-Rafah#ixzz2czpLXq4c © Utusan Melayu (M) Bhd
Posted on: Sun, 25 Aug 2013 15:46:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015