Motivasi pagi bersama Pak Su Ahad 22 September 2013. Didoakan - TopicsExpress



          

Motivasi pagi bersama Pak Su Ahad 22 September 2013. Didoakan semoga rakan-rakan facebook Pak Su yang dihormati dan disayangi berada dalam situasi aman dan ceria. Luqman Hakim berwasiat kepada anaknya: "Hai anakku, berusahalah agar hari ini dirimu lebih baik daripada hari kelmarin dan hari esok jauh lebih baik daripada hari ini. Barang siapa kedudukan dirinya sama dalam dua hari, maka ia telah tertipu. Lebih dari itu, seandainya kedudukannya pada hari ini lebih buruk daripada hari kelmarin, maka ia tergolong orang yang terkutuk." Suatu peringatan yang cukup bagus untuk menjadi renungan bersama. Jadi bagaimana mahu merialisasikan peringatan ini untuk menjadi suatu realiti dalam kehidupan? Kuncinya adalah disiplin dan keyakinan diri untuk berubah, kerana kehidupan itu sendiri merupakan suatu proses perubahan. Dan untuk lebih baik itu perlu berlaku perubahan dalam bentuk pemikiran, cita-cita dan harapan. Semua itu harus terarah kepada sikap positif dengan menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Sekian, sehingga bersama lagi esok.
Posted on: Sun, 22 Sep 2013 00:45:22 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015