Mukaddimah Allah bersifat الستار, maka Dia tutup segala - TopicsExpress



          

Mukaddimah Allah bersifat الستار, maka Dia tutup segala kelamahan dan aib kita. -Kisah ketika Imam Ahmad bin Hanbal berjalan ke pasar dan membawa barangan yg banyak lalu disapa anak muridnya. Anak muridnya menegur beliau bahawa beliau tidak berhak bawa barangan yg banyak kerana beliau seorang alim dan minta dibawakan barangan itu. Lalu Imam Ahmad b Hanbal berkata kepada anak muridnya: "kalau kamu ketahui segala dosa dan kesilapanku, maka kamu akan balingkan ke atas kepala aku dengan tanah". 1. Kecaknaan kpd ummat diajar Nabi SAW, من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم Syeikh Yusri sebut, jika ada perkataan ليس منهم/ ليس منا dan sebarisnya, maka membawa perkara yg besar dan penting, maka perlu diambil perhatian oleh kita. -Namun nilai ini makin terhakis dlm diri umat islam, tidak terasa sedikit pun utk ambil cakna kpd mereka yg lain. -Dr. Muwafat Bani Mazjeh dalam tesi PhDnya menceritakan kisah khalifah Turki Uthmaniyyah, Sultan Abd Hamid ll ketika diserang dan dikelilingi musuh yang ingin menjatuhkan khilafah lalu dilihat Sultan Abd Hamid ll lemah dan makin tidak berkuasa. Namun, kesatuan dan kesedaran ummat Islam ketika itu sehingg di Tanah Melayu ketika itu, sering diadakan solat dan dibacakan doa dalam khutbah utk mendoakan Sultan Abd Hamid ll. Nah, internet tiada atau 1001 alasan lain tidakn terhalang jika kita ada kesedaran pada ummat Islam. 2. Selepas kebangkitan yang berlaku di tanah arab kini, musuh2 islam terasa tergugat dengan kebangkitan ini yang bermula di Tunisia, dan sehingga kini di Syria. Mereka bersatu utk membunuh dan menindas ummat Islam, dengan Iran dan Hizbullah (dibaca HizbusSyaitan) turut serta. 3. Tetapi hadis Nabi SAW tidak sekali-kali dusta, لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق Kisah di bandar Qusair, Homs. Mujahidin seramai 20k berkampung pertahankan kawasan ini yg telah dikuasai mereka dr diserang HizbusSyaitan dan Iran. Kawasan ini sangat dikehendaki mereka kerana laluan dr luar utk sampaikan bantuan kpd tentera2 mereka di Syria. Setelah kawasan ini musnah teruk dalam pertempuran dan tersebar berita seluruh dunia bahawa mujahidin kalah dan Qusair dikuasai musuh. Namun, setelah diselidik dan melihat video yang dikirim, nyata mujahidin belum kalah. Mereka berkampung di satu perkampungan dikelilingi ladang beratapkan langit dan beralaskan bumi. Mereka hanya makan ubi-ubi liar yang ditemui dan berikrar akan terus mempertahankan tempat ini walau terpaksa makan akar-akar pokok kayu sahaja. Maka benarlah hadis Nabi SAW tadi. 6. Kecintaan pd Nabi SAW bukan sekadar dengan ingatan pd Baginda pd maulid dsb, namun turut merasai kepedihan yang dialami ummat Islam. -Bilal b Rabah setelah kematian baginda amat sedih dan tidak mampu lagi melaungkan azan. Kerana terlalu sedih, beliau berpindah ke Syam. Satu malam Baginda SAW mendatangi beliau dalam mimpi, Baginda SAW bertanya kenapa beliau tidak lagi mengingatinya dan tidak menziarahinya. Serta merta Bilal bangun dan meluru ke Syam serta melawat makam Nabi SAW di Madinah. Tiba waktu subuh, Bilal kembali melaungkan azan. Nyata kecintaan Bilal dalam kisah ini ditunjukkan dengan air mata dan ingat pd Baginda. Tp ingat, beliau juga lah yang menumpahkan darah pada awal penyebaran islam di Mekah dengan mempertahankan akidah beliau. - Maka kita ummat Islam yang cintakan Baginda SAW perlu turut sama merasai apa yang berlaku kepada ummat Islam kini di Syria, Palestin, Burma dll kerana kini akidah, maruah dan tanah Ummat islam ditindas dan diperkotak-katikkan. Oleh: Ust Ulwan Hassim Tazkirah subuh sempena Hari Syria 14 Jun 2013
Posted on: Fri, 14 Jun 2013 05:09:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015