Muncul pula isu filem The New Village sebagai hujah perbandingan - TopicsExpress



          

Muncul pula isu filem The New Village sebagai hujah perbandingan kepada Tanda Putera. Saya fikir filem apa pun, siarkan sahaja. Penulis skrip dan pengarah boleh bermain dengan imaginasi mereka tetapi tidak wajar mengaitkan individu sebenar dengan fakta yang salah. Sekiranya mereka mahu masuk ke wilayah kontroversi, jangan guna dana awam, buat pinjaman bank dan ambil tanggungjawab untuk pastikan filem mereka berjaya. Saya percaya masa lalu ada wacananya tersendiri. Anda tidak perlu bersetuju dengan mana-mana ideologi dan pandangan atau pilihan tindakan politik pada masa itu untuk mengakui bahawa setiap yang berbeza itu menggeluti realiti mereka dengan cara tersendiri.
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 16:45:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015