NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR, - TopicsExpress



          

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR, GOMBAK, PETALING DAN HULU SELANGOR PADA 18 JUN 2013 By Puspel Syabas Like·Comment 7 JUN 2013 NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR, GOMBAK, PETALING DAN HULU SELANGOR PADA 18 JUN 2013 Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Gombak, Petaling dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja yang akan dijalankan oleh pihak ketiga. Berikut merupakan tarikh perlaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:- 1. SEBAB-SEBAB GANGGUAN Hentitugas Berjadual Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Melaksanakan Kerja-kerja Penggantian Injap Sluice 1350MM Diameter di Pam No. 3, Rumah Pam Air Terawat, Jajaran Paip ke Kolam Imbangan Matang Pagar TARIKH/MASA GANGGUAN 18 Jun 2013 (Selasa) 8.00 pagi sehingga 8.00 malam, 20 Jun 2013 (Khamis) JUMLAH AKAUN KESELURUHAN YANG TERLIBAT : 67,550 akaun KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT Kawasan yang melibatkan gangguan tiada air Wilayah Kuala Lumpur a) Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan dan Pusat Konvensyen Sime Darby. Jumlah akaun : 25 akaun b) Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari, Jalan Setiamurni 1-12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin. Jumlah akaun : 2,000 akaun Wilayah Gombak Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara dan Sunway SPK Harmoni 3. Jumlah akaun : 21,947 akaun Wilayah Hulu Selangor Kampung Sungai Serai; seluruh Kuang; Kampung Baru; Kampung Melayu Sri Kundang; Kampung Permata; Taman Desa; Bandar Baru Kundang; Kundang Jaya; Bandar Tasik Puteri; Taman Tasik Biru dan Taman Perindustrian. Jumlah akaun: 13,040 akaun Kawasan yang melibatkan tekanan rendah (low pressure) Wilayah Kuala Lumpur Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Kampung Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria dan kawasan Mont Kiara. Jumlah akaun : 9,290 akaun Wilayah Petaling Kuarters Penjara Sungai Buloh; Kampung Kubu Gajah; Kampung Merbau Sempak; Desa Moccis; Kampung Paya Jaras; Hospital Kusta; Kampung Baru Sungai Buloh (Kampung Baru Cina); Kampung Desa Aman; PJU10, Saujana Damansara dan PJU10, Prima Damansara. Jumlah akaun : 21,248 akaun Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di syabas.my; twitter/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’. Harap maklum.Dikemaskini pada 12 Jun 2013
Posted on: Tue, 18 Jun 2013 14:53:11 +0000

Trending Topics



Goodbye Season Event 1 Duration: August 27 ~ September 2 Log-in
Cadastre/Configure: quartelcristao/facebook - peça ajuda e
I would like to Thank all of the Plantation Club Members for
There is joy for those who deal justly with others and always do

Recently Viewed Topics




© 2015