Najib Umum Pertahan Jawatan Presiden UMNO: KUALA LUMPUR, 19 Sept - TopicsExpress



          

Najib Umum Pertahan Jawatan Presiden UMNO: KUALA LUMPUR, 19 Sept – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan akan mempertahan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti 19 Okt ini. Perdana menteri berkata keputusan itu dibuat berdasarkan sokongan dan kepercayaan yang disuarakan anggota parti di peringkat akar umbi. Katanya berdasarkan makluman timbal balas yang diterima, badan-badan perhubungan UMNO negeri membuat ketetapan supaya beliau meneruskan kepimpinan sebagai presiden parti. “Daripada suara yang diutarakan dalam persidangan cawangan UMNO, sebahagian besar daripada ahli UMNO mahukan supaya saya meneruskan kepimpinan sebagai presiden parti. “Saya amat berterima kasih lagi terharu dengan sokongan dan kepercayaan yang diberikan dan disuarakan oleh ahli UMNO di semua peringkat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Middle Temple 2013 di sini hari ini. Najib berkata dengan perasaan rendah diri, beliau menerima sokongan itu, dengan menawarkan diri bertanding mempertahan jawatan sebagai presiden parti. dlvr.it/409mpk
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 09:31:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015