Negara maju seawal 2018 2013/07/05 - 06:23:44 AM Kadir Dikoh - TopicsExpress



          

Negara maju seawal 2018 2013/07/05 - 06:23:44 AM Kadir Dikoh Malaysia berada di landasan betul untuk capai sasaran sebelum 2020 London: Malaysia boleh mencapai status negara maju berpendapatan tinggi seawal 2018 iaitu dua tahun lebih cepat daripada sasaran 2020, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, Bank Dunia meletakkan Malaysia pada tangga ke-12 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2013 dan kajian terbaru menunjukkan Malaysia berada dalam landasan betul untuk mencapai sasaran itu dua tahun awal. “Kita berada dalam landasan betul untuk mencapai sasaran itu dan percayalah, ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa kerja kuat rakyat Malaysia, sama ada di dalam negara atau di sini," Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri "Kita berada dalam landasan betul untuk mencapai sasaran itu dan percayalah, ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa kerja kuat rakyat Malaysia, sama ada di dalam negara atau di sini," katanya. Status negara berpendapatan tinggi2018 Beliau berkata demikian ketika berucap pada jamuan ‘Sepetang Bersama Perdana Menteri’ di sebuah hotel terkemuka di London, semalam. Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK), Datuk Seri Zakaria Sulong serta kira-kira 1,000 peniaga dan rakyat Malaysia yang berada di kota metropolitan ini. Laporan Unit Pengurusan dan Pelaksanaan (PEMANDU) 2012, menyebut Malaysia sudah melepasi Pendapatan Kasar Negara (GNI) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu. Menurut PEMANDU, Malaysia mungkin mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2018, jika jangkaan semasa kekal berdasarkan pertumbuhan KDNK, terutama selepas pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kriteria ditetapkan Bank Dunia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi ialah pendapatan perkapita AS$15,000 (RM45,000) berdasarkan GNI. Berdasarkan GNI, pendapatan perkapita negara meningkat kepada AS$9,970 (RM30,239) akhir tahun lalu berbanding AS$6,700 (RM20,321) pada 2009, naik 49 peratus dalam tempoh tiga tahun selepas ETP dilancarkan. Najib berkata, pelbagai inisiatif yang diumumkannya sebelum ini seperti Program Transformasi dan ETP sudah mula menghasilkan kejayaan. “Oleh itu, kedudukan Malaysia di peta dunia semakin bertambah baik,” katanya. Malah katanya, Malaysia muncul sebagai pelabur tunggal terbesar dalam sektor hartanah di UK melalui projek pembangunan semula stesen janakuasa Battersea bernilai 8 bilion pound (RM39.2 bilion). Terdahulu, Najib ketika mengadakan pertemuan dengan Rakan Barisan Nasional UK (FBNUK) di House of Lords di sini, berkata, cita-citanya selepas diberi mandat dalam pilihan raya umum baru-baru ini ialah untuk menjamin pertumbuhan yang lebih inklusif dan mapan. “Dengan mandat baru ini, kita akan lebih fokus untuk mentransformasi ekonomi dan negara, bagi menyumbang pertumbuhan lebih baik, lebih banyak peluang dan urus tadbir lebih mantap. “Malaysia sudah menjadi tempat terbaik di dunia untuk menjalankan perniagaan, ekonomi kita kuat dan terus tumbuh,” katanya.
Posted on: Fri, 05 Jul 2013 01:17:41 +0000

Trending Topics



ft:0px; min-height:30px;"> Bu gün sənin üçün çox darıxdım… yanımda
Condo For Sale @ Mont Kiara, KL Kiara Designer Suites 23rd
I am ramping up immediately. My team is looking for one rock star
Maymom Pump Valves for Philips AVENT Classic Breast Pumps;
rtphone-with-3-MP-Camera-topic-439409692834959">Samsung B7510 Galaxy Pro Unlocked GSM Smartphone with 3 MP Camera,
Faith in Action Norman P. Grubb We have been looking together

Recently Viewed Topics




© 2015